Saturday, April 25, 2009

Darah Muda Penuh Impian

Aku tak leh tido. Like seriously. Kuat beno effect kopi tu. Terus tak leh tido. Dah nak dekat pukul 3 pagi lak tu. Tak pe la. Hari nie takde paper, esok baru ada.

Rasa malas nak study Bahasa Jepun. Kantoi jer la hari Ahad nie.

Aku tetiba teringat zaman aku sekolah dulu. Dulu aku suka melukis, sekarang pun masih melukis lagi. Tapi tujuan masa tu dengan sekarang lain dah. Dulu aku melukis sebab aku suka suatu anime tu. Sekarang aku lukis sebab nak cari identiti sendiri. Aku rasa la aku dah ada style sendiri, tak sama dengan mana-mana artis komik terkenal.


Dulu aku betul-betul minat Sailormoon. Entah kenapa. Comel, berwarna-warni, cantik dan bersinar (dari kaca mata seorang budak). Tapi anime tu memang popular among girls. Tapi anime yang paling popular dari zaman tu sampai la skang ialah Dragonball. Dan aku tak berapa minat Dragonball. Apa yang best sangat ntah aku tak tau la. Aku nampak dada buff dengan rambut pacak ja.

Dulu masa sekolah, bila kawan-kawan dapat tahu aku pandai lukis, mesti diorang mintak aku lukis Sailormoon. Memang kemahiran aku la masa tu kiranyer. Offer 10 sen satu paper, memang lumayan untuk budak 10 tahun macam aku masa tu. Ye la, beli gula-gula ajer dapat 5 bijik. Lumayan, lumayan hehe sesajer.

Aku tak kenal sangat anime yang lain. Ada la beberapa tajuk yang aku baca tapi tak de la seserious minat pada Sailormoon. Tahu Sailormoon ajer la sepanjang zaman tu.




Masuk sekolah menengah, aku kenal Fushigi Yuugi (oleh Yuu Watase) dan kumpulan mangaka CLAMP (pencipta Cardcaptor Sakura dan Tsubasa Chronicles). Best. Aku start tiru cara diorang melukis sambil-sambil cari identiti aku sendiri dalam lukisan aku. Aku idolize diorang tapi aku memang nak buat komik sendiri dengan gaya aku sendiri.

First atau second year aku kat sekolah menengah, ada la beberapa kali aku hantar komik kt KREKO. Tapi pas tu aku dah tak melukis dah. Senior aku ada cakap ada orang dari KREKO minat nak jadi pen pal aku tapi aku tak penah layan. Tapi ada sekali tu sorang minah nie hantar kad raya sebab betul-betul minat kat aku, padahal aku dah tak baca KREKO tu. Alih-alih kitorang berhubung kat internet, jumpa pun secara kebetulan, lalu kat page kawan, terjumpa nama dia.


Nak dekat-dekat tahun SPM, aku minat Naruto pulak. Kishimoto Masashi memang influence paling terbesar untuk aku. Dia lah yang banyak mengubahkan style aku melukis dan akhirnyer aku dapat cari identiti aku dengan membuat banyak perubahan dan practice. Dari tahun 2006 sampai la sekarang, aku masih lagi peminat Naruto. Kalau tak sebab Naruto, tak tau la apa jadi kat aku.

Aku banyak buat fan art Naruto sejak aku baca Naruto Shippuden. Sebelum tu aku cukup menyampah dengan Naruto sebab aku bukannyer suka sangat dengan komik aksi tapi lepas keluarnyer Naruto Shipudden, ia betul-betul mengubah persepsi aku.

Dulu, masa sekolah, cikgu rajin betul tanya "bila besar nanti nak jadi apa?". Masa kecik-kecik dulu aku asyik tukar-tukar ambition. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi ustazah, kejap nak jadi fashion designer, kejap nak jadi pelukis. Tapi selalu aku jawab kat cikgu aku nak jadi pelukis komik. Sebab aku betul-betul minat melukis komik.

Masa tu aku betul-betul inspired. Aku tak pernah pike hidup nie lebih susah daripada yang disangkakan. Ingat senang ke nak berjaya dengan hanya melukis? At some point, aku tak mau dengar pendapat orang lain, hatta parents aku sekali pun. Sebab aku dah terlampau obses.

Masa umur aku 16 tahun, aku dah fikir masak-masak. Memang betul cakap umi. Kartunis susah nak cari makan, walaupun famous mana pun. Berapa sen ajer yang diorang dapat kalo pembaca pun bukannyer nak support diorang dengan membeli original copy? Diorang sure pinjam kawan punyer. Kalau 1,000 orang pembaca ada perangai macam tu, sah bankrup kartunis tu.

Sekarang, bila aku pike balik, aku rasa bodoh giler ada cita-cita bodo macam tu. Bila budak-budak mentah yang sebaya aku masa aku nak jadi pelukis komik cakap benda yang sama, nak ajer aku cakap "Jangan mimpi laaaa".

Heran aku, sumer nak amik graphic, especially yang baru pas abis SPM. Kalo sumer nak jadi graphic designer, sape nak ajar anak-anak ABC, 2 darab 5 berapa, apa itu fotosintesis? Sape nak bekalkan bahan mentah untuk ibu-ibu memasak untuk anak-anak diorang? Sape nak angkat tong gas tu? Sape yang akan baiki paip sumbat tu? Apa yang boleh dibuat dengan kemahiran melukis tu kalau dibandingkan dengan kemahiran-kemahiran yang betul-betul boleh buat duit?

So, aku buat keputusan nak jadi cikgu. At least ilmu yang bakal aku curahkan pada budak-budak yang aku akan ajar nanti akan disebar bagaikan sungai yang lancar mengalir. Harapnyer diorang sebarkannyer kearah kebaikan dan bukan sebaliknyer. Lagipun jadi cikgu nie memang impian arwah abah. Aku sebagai anak dia kena la tunaikan. Umi pun nak sangat aku jadi cikgu, dia tak mau aku jadi macam mak sedara aku yang dah graduate tapi susah nak cari kerja tetap dan terpaksa belajar part time jadi cikgu.

Insya-Allah, Abah, Kakak akan penuhi impian walaupun Abah tak sempat nak tengok Kakak berjaya.

Anyway, walaupun arah karier aku adalah pendidikan dan bahasa, aku takkan lupakan hobi aku iaitu melukis. Sampai ke tua pun aku akan tetap minat pada Naruto dan anime yang lain.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...