السلام عليكم :D
Tengok betapa dedicatednyer aku sampai nak kena letak jadual Hiragana dengan Katakana sebagai wallpaper :p Jangan main-main tau.
Aku start buat revision malam semalam. Tu pun sambil sms dengan kengkawan lagi tu, dua handphone haaa. Kejap yang Digi, kejap yang Celcom. Hampeh tak aku? Ye laaaa, aku nie kan pandai multitasking wakokoko. Boleh buat lawak lak.
Aku dah tau hampir semua huruf Hiragana dan hampir separuh daripada Katakana yang lekat kat dalam otak aku. Nasib baik boleh jawab part tu. Soalan seterusnyer dia tanya pukul berapa sumer, tu memang kacang la. Eh tak, kuaci jer. Ekeke. Part seterusnyer dah jadi susah lak. Apa maksud 'omedeto gozaimasu'? Aku tau 'omedeto' ja. Hentam saja laaaa. Kalo rasa betul, betul la kot. Kot la.
Pas tu soalan comprehension pulak XD Dia bagi la satu petikan perbualan nie. Aku sempat pulak translate natang tu haha Pas tu aku kena jawab soalan yang nampak senang tapi sebenarnyer kena tengok dengan teliti soalan tu, takut kita salah translate, salah jawab lak. Aku rasa confident dah kot tadi so aku main jawab jer la.
Bahagian preposition tu, mak oi, susah giler. Kejap nak letak 'wa', kejap nak letak 'ni', kejap nak letak 'o', entah yang mana satu yang betul padahal aku dah study part grammar. Hentam saja la labu. Jangan la teruk sangat markah aku tu weh. Aku dah penat study bahasa asing so sekarang nak kena study subject English balik. Haih, rasanyer Japanese lagi senang kalo nak dibandingkan dengan subject English aku tu. Ye la, TESL nak kena tahu banyak fakta. Japanese kena main dengan bahasa jer, macam budak tadika belajar ler.
Rasanyer aku orang ketiga kuar bilik peksa tadi. Aku pun bukannyer tahu aku jawab tu betul ke salah so tak guna la tunggu nak check balik ke hapa. Aku pun belah laaaa.
Semalam aku tido pukul 5 pagi. Sebenarnyer dah ngantuk dah dalam pukul 12 tu tapi aku tak mo tido. Tak tau kenapa. Takut pontianak tu masuk bilik kot wakakaka XD Entah macam mana aku boleh bangun untuk peksa tadi haha
Hari Selasa nie paper Syntax and Morphology pulak. Tu subjek susah gak tu. Lagi susah dari Japanese XD Redha jer la, dah amik TESL nie. Hari Sabtu minggu depan paper Methodology. Keesokan harinyer pulak paper ICT. Hari tu kira hari last la untuk semester nie. Tu pun kalo umi leh amik aku, sebab umi nak hantar Mat balik asrama hari tu. Hey macam mana ar. Aku cakap dah kt umi nak amik lewat pun boleh jer tapi dia nak gak amik hari tu. Gilo. Penat la kalo nak ulang alik, sian pulak dia. Lain la kalo aku ada keta. Boleh la bawak barang pi Kajang pas tu balik JB. Sayangnyer keta Kancil arwah abah dah bagi kat Ayah Lah. Biar la. Kalo umi kasi keta tu kat aku, kang aku buat benda bukan-bukan pulak.
Anyway, Kakwan dapat tawaran maktab pulak. Alhamdullilah. Dapat matriks, pastu dapat maktab pulak. Bertuah gilo minah tu. Dah ada dua tawaran bagus tapi mesti susah nak buat decision. Kalau aku la, memang meraung (yo la tu). Nampak macam Kakwan pilih nak pi interview untuk maktab sebab dia sibuk cari tips untuk prepare untuk interview dia tu. Semoga berjaya, sayang. Allah sentiasa di sisimu. Aku harap Kakwan mampu kecapi impian Abah yang tak kesampaian tu. Tinggal Mat dengan Beby jer skang. Tak tau la apa diorang akan jadi pas nie.
Bawah nie sebenarnyer gambar dompet aku. Tak tau la nak panggil wallet ke, dompet ke. Nampai macam pencil case pun ada. Tapi memang cute and convenient. Aku letak sumer benda dalam tu, duit, syiling, kad, kertas-kertas yang entah hape-hape, pendrive, handphone lagi dan macam-macam la. Aku siap letak pemotong kuku sekali dalam tu. :D Aku memang suka beg hitam tu. Dah la berguna, comel lak tu. Ada kucing silver bertatah berlian palsu kt ekor dia. Mosute belanja masa kitorang gi konvo UTM, sebulan pas Abah meninggal. Aku dapat keychain percuma, bentuk loceng dengan lipstick. Memang cute giler
Nie gambar masa aku pi kursus Imam, Bilal dan Makmun dengan kengkawan aku. Kitorang kena gi sebab banyak markah dapat dari situ. Kawan aku yang dah pegi tahun lepas cakap kena gi 7.30 pagi so kitorang pun pegi la awal. Sekali tak de orang pun kat masjid awal-awal pagi tu. Hampeh. Terlebih rajin la pulak. Tapi dapat makan free pagi tu. Ekeke. Kursus tu memang best. Very informative dan care ustaz tu ceramah memang menarik, boleh buat lawak lagi tu. Yang tak tahannyer bila dia tunjuk kedudukan tangan masa letak kat perut. Dia kata tak payah letak ke tepi sangat. Dia pun buat demo pas tu buat lawak 'berlenggang alah lenggang menari lenggang'. Ketawa besar kitorang hari tu XD Abis kursus tu, ada makanan lebih so kitorang dengan muka tak malu pun start la tapau setakat yang mampu. Lauk ada, nasik ada, karipap ada, donut ada. Sayang kalo dibiarkan jer so aku amik la beberapa ketul karipap dengan donut buat makan malam XD Memang dasar tak tau malu. Masa aku amik gambar nie, aku dah sampai dah kat masjid tu, dalam pukul 7.45 gitu. Memang lighting dia cantik sangat. Suka gambar nie.
Gambar nie sebenarnyer diambil dalam kelas. Aku tak perlu photoshop pun gambar nie, cantik giler kan? Ada effect percuma ekeke
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?