Friday, May 8, 2009

Dear Abah



Dah 2 bulan Abah tak de, macam-macam yang berlaku. Beby dah pandai memandu. Lol. Memang gila. Kakak yang ada lesen 2 tahun pun tak sehebat tu. Tak pegi sekolah memandu tapi dah pandai memandu. Dia bukannyer pandu Kelisa Umi, tapi Livina Abah. Ye Abah oi. Livina besar gedabak tu. Memang gila la dia tu, Abah.

KAKAK JEALOUS LA, ABAH! T3T

Mesti Abah marah Kakwan dengan Beby sebab memandu sebelum dapat lesen sah. Kakak ingat lagi pesan Abah pada Umi jangan kasi Kakwan memandu selagi tak de lesen mandu. Tapi Umi kasi juga dia mandu Kelisa tu sekejap dekat-dekat kawasan kita nie.

Kakwan tu boleh lagi handle. Muhammad Beby nie haaa, Kakak tak tau nak cakap apa. Terkejut juga Kakak bila Kakak tengok video Beby tengah memandu Livina Abah. Kakwan bersubahat sekali.

Diorang tak bagitau Umi lagi. Umi tak tau langsung. Kakak kalo boleh tak nak la berbohong dengan Umi tapi bagus juga Beby pandai memandu. Kakak lak dah 2 tahun tak mandu sebab Umi tak yakin Kakak leh bawak lagi kereta tu gi UNISEL. So kita Beby jadi driver Kakwan dengan Kakak masa Umi tak de.

Nanti la, biar sampai masanyer, kitorang bagitau Umi, ye Abah.

Alah dia mandu pun bukan gi jauh pun. Dekat-dekat area rumah kita jer. Kakak pun takut gak nak biarkan dia pi jauh-jauh. Dah la memandu tanpa lesen. Kang tangkap polis, apa nak jawab dengan Umi.

Kakak ingat nak belajar memandu balik. Dah 2 tahun dah nie. Berkarat dah skill Kakak. Entah ingat lagi ke apa yang pak cik tu ajar Kakak dulu. Apa la yang dah jadi kat dia ye. Entah dia panjang umur lagi ke hapa. Tak tau la.

Anyway, Allahamdulillah, walaupun kitorang ada masalah emosi sikit, kitorang sangat sihat. Cuma sekarang nie tengah hot citer pasal Swine Flu/Selesema Babi. Kakak pun sekarang asyik bersin jer, baru semalam Kakak demam. Takut lak kalo Kakak pun kena sekali. Harap-harap la tak kena.

Kakak ingat nak kuruskan badan la sikit, Abah. Okay tak? Kakak bukannyer nak melawa ke hapa (walaupun dalam hati tu memang nak sangat) tapi Kakak nak cuba elak dari mati macam Abah. Seksa, Abah. Rasanyer dalam keluarga kita, Abah la yang banyak makan. Abah yang ajar kitorang apa itu fast food dan junk food. Tapi bila Abah dah sakit, Abah suh kitorang kurangkan benda-benda tu.

Memang Kakak mengaku Kakak lagi suka makan fast food macam burger dengan megi daripada ikan rebus, nasi dan sambal kicap macam Umi dengan Kakwan makan. Tapi Kakak tak suka ikan. Abah pun tahu kan Kakak pernah tercekik tulang ikan selama 2-3 hari, melekat kat dalam leher tu. Eeeeiiii. Memang trauma giler pastu. Tak sanggup. Bukannyer Kakak dah tak makan langsung ikan tu, tapi Kakak hanya makan kalau tak de pilihan lain.

Kakak rasa diet makanan tak berapa sesuai dengan Kakak. Alternatif yang lebih sesuai dengan Kakak kalau Kakak nak kurus ialah dengan bersenam. Biarlah Kakak nie tak aktif, tapi Kakak nak start perlahan-lahan dulu. Kalo Kakak buat semua sekali gus kang pengsan lak, ye tak. Senaman ringan pun jadi la. Kakak suka menari sebab ada music. Best. Tapi Kakak tak de la nak menari depan orang. Bila orang masih tidur waktu pagi, Kakak akan menari. Kakak tak pandai menari. Poco-poco pun Kakak fail tapi tak pe la. Asalkan menggerakkan badan. Jadi la tu ye tak.

Kakak nak kuruskan badan sebab banyak baju yang dah tak muat. Baju kurung tu memang yang paling sesuai la untuk saiz Kakak nie.

Kakak tak suka bentuk badan Kakak sekarang, Abah. Bukan Kakak tak bersyukur tapi lepas tengok ‘The Biggest Loser’ kat TV, rupa-rupanyer badan macam nie bermungkinan ada penyakit yang tersembunyi macam Diabetes (maklum la Kakak suka minum Coke) dan sakit jantung. Takut gak. Kakak harap rancangan tu boleh dibuat versi Malaysia lak. Kakak nak masuk. Ekeke. Perasan la pulak.

Jangan tengok badan jer. Muka Kakak pun boleh kata gemuk. Tiap kali Kakak tengok gambar Kakak, mak ai, gemuknyer.

Abah, kalau Abah hidup lagi kan, teringin Kakak nak tanya kenapa Abah suka sangat baju merah Abah tu? Sampaikan pas basuh baju tu, tak sempat nak jemur, Abah dah pakai. Apa yang istimewa sangat pada baju tu ya? Selesa ke? Cantik ke?

Entah la, Abah. Allah sahaja yang tahu.

Sayang, Kakak ingat Abah dah ajar Kakak sume benda, tapi rupanyer banyak yang Kakak tak tahu. Apa la ilmu yang Abah ajar yang boleh Kakak sampaikan kat Kakwan, Mat dengan Beby ya?

p.s: Abah, Beby nampak macam Abah. Muka macam Abah, perangai macam Abah. Banyak benda la yang menunjukkan persamaan dia dengan Abah. Kakak rasa macam Abah tak pernah pergi. Jiwa Abah ada dalam setiap anak-anak Abah. Yang paling ketara adalah dalam diri Beby. Bila Kakak tengok dia, Kakak nampak Abah. He's the young version of you :)

God bless you, Abah.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...