Friday, May 29, 2009

Tengok Wayang Dengan Beby



Semalam, 28 haribulan Mei, aku pi The Store dengan Beby. Nak tengok Terminator Salvation on its first day in Malaysia. Adik aku nie semacam dah obses dengan citer nie. Padahal dia dah tau citer dia macam mana dari Internet. Berlambak video yang ditangkap guna handphone kat dalam Internet tu. Tak pun baca Wikipedia.

Tapi dia nak gak tengok wayang. Sebab effect dia lagi masyuk.

Sebelum tu dia pi dengan kawan-kawan sekolah dia, naik Livina. Tau tak apa jadi pas tu? Dia balik umah lebih awal. Aku heran la, tak kan la sekejap jer filem tu. So aku tanya apa jadi.

Beby: Kakak nak tau apa jadi tadi?
Aku: Apanyer?
Beby: Hari nie hari yang paling malang dalam hidup Beby.
Aku: Kenapa? Mu kena accident ke?
Beby: Tak. Movie tadi start 2.30. (dia keluar dengan kawan dia tadi dalam pukul 3.30)
Aku: Laaaa. Patut la mu balik cepat benar.
Beby: Ada lagi.
Aku: Ar? Apa jadi? Betul-betul accident ke?
Beby: Tak.
Aku: Abis tu?
Beby: (keluarkan satu kertas) Beby kena saman.
Aku: O_O gilo mu, Beby. (ambik kertas tu)
Beby: Kena bayar 30 ringgit sebab tak letak kupon kat tempat letak parking kat The Store.
Aku: Adoi la. Mu nak bayar macam mana?
Beby: Bee cakap dengan Umi jer la.
Aku: Gilo mu. Kalo Umi tau, mati kita.
Beby: Dah tu, benda nie kena bayar juga.
Aku cakap kat dia aku leh tolong bayarkan tapi dia cakap kena gi balai polis kalau kena bayar. Adeh. Mana aku tau kat mana balai polis kat JB nie. So aku biarkan Beby mengaku kat Umi. Tapi setakat nie dia belum bagitau Umi. Biar la. Umi tengah tension skang takkan nak tambah beban lagi kat dia.

Disebabkan dia dengan kawan-kawan dia dah terlepas yang 2.30 tadi, diorang terpaksa balik. Buat penat jer datang. Tapi Beby ajak aku pi pulak. Hampeh. Tapi memandangkan aku dah lama tak gi wayang, aku pun gi mandi dan tukar baju.

Beby dah tak mau pandu Livina tu. Serik nampak? Aku dah larang, tak mau dengar gak. So kitorang pun naik bas ke The Store. Sampai sana, aku cucuk duit. Aku beli 2 tiket filem tu. Pas tu aku beli popcorn dengan air kosong.

Beby: Beby nak simpan tiket nie, nak buat kenangan/bukti.

Apa-apa ajer la Beby.

Rasanyer nie kali kedua aku gi tengok wayang dengan Beby. Masa first time kitorang gi tengok wayang, kitorang dari sekolah rendah dia nak amik hadiah anugerah pelajar cemerlang UPSR dia. Pas tu, kebetulan Abah dengan Umi keje, kitorang berjalan pi The Store. Memang penat. Aku dah nak pengsan dak masa tu. Tapi aku jalan gak.

Cadangnyer nak merayau-rayau jer kat dalam shopping complex tu, tapi Beby ajak tengok citer Spiderman 3. Masa tu filem tu baru keluar. Aku ikut jer.

Kali kedua kitorang gi cinema tu, Beby cakap banyak yang dah berubah sejak kali terakhir aku gi sana. Aku bukannyer ingat sangat macam mana cinema tu dulu.

Kitorang tempah seat yang tengah bahagian atas. Memang syok kalo dok bahagian atas. Kalo dok seat bawah, kena dongak pala lak. Sakit woo.

Popcorn aku yang aku beli tadi aku makan macam nasi jer sebab aku punyer abis dulu. Beby punyer ada lagi. Banyak. Macam tak dimakan lagi pun ada.

Aku betul-betul menghayati citer Terminator Salvation tu. Aku paling takut bahagian robot-robot tu kejar manusia tu. Memang giler la citer nie. Yang aku paling terkejutnyer sampai nak menangis biler sampai part John Connor kena tikam dengan besi dek Terminator yang nak bunuh dia. Pergh suspen giler. Tapi ending best! Aku tak mau la citer lebih-lebih. Kang aku spoil lak.

Kalau ada masa, aku nak gi tengok wayang dengan Kakwan atau Mat. Atau bawak sumer orang. Insya-Allah.



Sayang Beby.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...