Sunday, May 31, 2009

Balik Semula

Mak aku sanggup drive malam-malam buta walaupun dia baru balik keje. Adeh. Aku ikut jer la. Aku dah letak sumer barang dalam Livina, so aku kira aku punyer keje dah siap. Rupanyer banyak lagi benda nak buat.

Dalam pukul 9 lebih, kitorang bertolak ke K.L. Tapi Umi tido kat Machap. Beby dengan aku dah lama tido ekeke. Entah pukul baper dia bangun balik pas tu pandu Livina ke K.L. Rasanyer dalam pukul 5 pagi kitorang sampai Kajang. Memang tak sempat nak mandi langsung hari tu sebab nak gi sana awal, kalau tak dapat asrama tingkat tinggi. Tak rela aku. Dah la banyak barang bawak nie. Tu belum lagi nak mengemas lagi. Penat penat.

Sampai jer kolej, aku terus gi ambik nombor giliran untuk pendaftaran. Dapat nombor 14. Bagus la tu. Umi, Kakwan dengan Mosute gi makan sementara aku tunggu kat depan dewan utama dengan Pauline, Ti dengan Tasha. Farah sampai lambat padahal housemate dia sumer dah ada kat sana. Hampeh. Tak dapat la berjiran dengan dia.

Tapi lambat juga sesi pendaftaran nak mula hari tu. Pukul 9 lebih baru start agaknyer masa tu.

Selesai jer sumer urusan, aku call Umi. Dia cakap dia kat cafe so aku pun jalan kaki gi sana. Aku mintak pen dari dia tapi sebab dia tak sampai-sampai juga, aku pun beli la pen dari kedai. Bila aku gi balik ke dewan biru, Mosute dengan Kakwan ada kat sana dengan pencil box Umi. Adeh. Bazir duit tol.

Ti dah sampai kat dalam dewan biru. Kitorang tunjuk resit pembayaran kat orang yang bertanggungjawab dan dia kasi borang asrama. Aku main tulis jer, malas nak check balik. Ti mintak aku gi daftar asrama dulu. Aku pun pegi la. Aku tanya akak tu, blok E ada lagi ke kosong. Dia kata ada, tapi tingkat 4 ler. Hampeh. Dia nak aku mati ke. So aku isi la nama aku kat dalam kotak F2. Boleh la, asalkan first floor. Kalau tak, naya. Ti dok rumah sebelah aku jer.

Aku pilih katil nombor 6 sebab aku tahu skang musim panas so kedudukan katil tu memang sesuai sangat.

Masuk jer dalam umah tu, aku nampak lopak air. Adeh, bocor bahagian mana lak nie. Aku tengok lampu tu macam kena balut jer. Apahal lak tu. Aisey, kena report kat Jana Niaga hari Isnin nie.

Masa aku masuk umah tu, aku ada la nampak sumer housemate aku, kecuali sorang nie. Roommate aku. Aku kuar balik gi kedai sebab nak beli kunci loker. Bila aku balik, roommate tu masih tak de.

Aku tak tunggu dia datang sebab mak aku nak balik Kajang. Aku tak stay dan kemaskan baju sumer sebab nak ikut Umi dengan Kakwan dengan Mosute gi shopping ekeke.

Hari yang sama, lewat petang, kitorang gi Lenggeng, Negeri Sembilan sebab nak tengok tempat Beby nak gi kursus Super Kid Excel Training. Dato Fadzilah Kamsah ada kat situ nanti. Dia la pengurus program tu. Cewah. Nak tempat tu ambik masa setengah jam jer dari Kajang. Memula tu memang la tak tau nak gi camner tapi Mosute main belasah jer. Alih-alih diorang nampak sign 'Excel Training'. Diorang ikut jer la.

Kitorang lalu jalan kampung. Yang paling aku sukanyer, ada ladang arnab along the way. Pergh, cute giler arnab-arnab tu. Tapi sayangnyer, diorang ada hidangkan sate arnab. Sedih giler. Aku tahu arnab tu halal untuk dimakan tapi aku rasa kejam la nak makan arnab. Macam makan kucing jer.

Kitorang lalu satu Chinese Temple nie. Kebetulan ada satu family Cina turun dari temple tu. Yang peliknyer, diorang bawak turun sekor kucing. Aku pike la, diorang mintak restu dari sami bagi pihak kucing tu. Entah la. Macam-macam la perangai manusia nie.

Yang excitednyer orang yang tak join program tu. Ekeke. Orang lain selain Beby la. Mosute suka sangat resort tu. Rasa macam nak tukar tempat dengan Beby pun ada. Best la Beby. Jeles.

Kat tempat tu ada chalet untuk peserta lelaki dengan pompuan. Ada cafe, ada dewan, ada kolam renang, ada camping site dan macam-macam lagi. Best giler.

Esoknyer, kitorang gi daftar Beby untuk first day dia. Yang lebih-lebih excitednyer adalah pengiringnyer, Umi, Mosute, Kak Ayu, aku dengan Kakwan. Macam biasa la. Kalau yang tak pegi tu la yang terlebih excited.

Kitorang dapat bergambar dengan Fadzilah Kamsah in person babe. Cewah.

Selepas taklimat dan makan-makan, kitorang terpaksa tinggalkan Beby. Tak dapat nak jumpa dia pun sebab signal telefon tak de. Pas tu kitorang gi Sungai Besi, naik LRT pi Masjid Jamek, gi semayang dan pegi shopping. Umi paksa aku gi beli hand bag. Aku tak perlukan pun benda tu tapi dia paksa gak. So aku beli la satu. Entah kenapa aku masih rasa menyesal sebab aku beli hand bag tu. Entah guna ke tidak, aku tak tau la. Tapi comel la beg tu. Sayang pulak kalo tak pakai. Tengok la esok. Aku sempat beli kasut tu. Lama benar bazir masa cuba kasut. Tapi beli satu jer sebab Kakwan banyak komplen. Tak cantik la, macam selipar jamban la, tak sesuai dengan warna kulit la, apa la. Bising tol la minah tu.

Umi hantar aku balik ke kolej. Waktu maghrib baru sampai. Roommate aku baru nak semayang.

Walaupun penat ulang alik dari kedai, pastu kena kemas barang lak, aku hulurkan juga salam perkenalan.

Roommate baru aku semester nie namanyer Lisa, budak TESL semester 4, beza satu semester jer dengan aku.

Pas tu aku berkenalan pulak dengan Kak Ros, student Human Resource, semester 3. Memang becok la mulut dia. Dah lama aku tak berbual dengan orang yang aku first time jumpa macam nie. Best giler. Roommate dia ialah Kak Syam, student accounting. Dia dengan Kak Ros dah setahun jadi roommate. Kira memang pakat la nie.

Aku berkenalan pulak dengan Kak Nad. Aku ingat dia cakap nama dia 'Naid' so ada confusion la sikit masa awal-awal perkenalan. Kak Nad senior TESL semester 7. Roommate dia, Ain pun sama tapi diorang kelas lain-lain.

c: Semoga kami dapat menjalinkan hubungan silaturrahim yang diredhai Allah. Amin.

Aku mengantuk sangat nie ....

Krrooohhhh......

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...