Saturday, July 18, 2009

Ke Hulu, Ke Hilir

Apa khabar orang Kedah?

Aku tak maksudkan orang Kedah sejati.

Maksud aku, adik aku yang sambung belajar kat Kedah 13 Julai hari tu. Dapat masuk Maktab Perguruan beb. Yang bestnyer, tempat tu dekat dengan umah Along (sepupu). Suami dia dok Kedah. Amboi, leh lak Kakwan pi lari umah Along ae. Mengada.

xc Tak best laaaa, aku nak sangat pi Kedah, nak tengok tempat Kakwan belajar tu! Tapi hari tu hari Isnin dan setiap hari Isnin aku ada kelas T_T Nak ponteng, sayang lak markah. Ye la, aku bergantung pada markah attendance jer kalo exam tak buat betul-betul ekeke XD Hampeh, hampeh.

Nampaknyer tinggal dua orang jer la kat umah JB. Nak tunggu Mat abis sekolah, dalam bulan 12 baru habis SPM. Apasal jauh sangat umah tu. Kesian lak Umi dengan Beby. Adeh, kerajaan pun satu, tak leh ke permudahkan ibu tunggal macam mak aku tu pindah umah? Diorang ingat kita mintak pindah sebab hapa? Suka-suka? Pala hotak lu.

Aku kat Selangor, Kakwan kat Kedah, Mat dengan Beby kelak dapat kat mana ek? Saper nak dok dengan Umi ek kalo sumer anak-anak belajar tempat jauh-jauh?

Ya Allah, please la tolong Umi dapat pindah kat tempat yang ramai sedara xc Macam kat Kajang ke, Mosute dengan Pak Su ada kat situ. Adik-beradik Abah pun ada kat situ. Please laaaaa. Aku tak kisah kalo dok jauh mana pun asalkan Umi dok dengan sedara-mara. Aku risau pasal dia jer. Aku tak penah risau pasal diri sendiri.

Skang Kakwan dok Kedah, aku tak de la berapa nak risau sangat sebab Along dengan suami dia ada. Aku lak, walaupun Mosute dok kat Kajang, 2 jam dari kolej, nasib gak ada dia. Kalau tak, tak tau la.

Memula tu risau la juga, ye la, Kedah, apasal jauh beno Kerajaan antar adik kesayangan aku yang sorang nie. Nak mampos ke hapa. Dah la bagitau last minute, diorang dah prepare nak gi Terengganu nak gi UDM dah masa tu. Mengada tol la. Pastu saper entah cakap Along dok sana, dekat lak dengan Maktab, lega gak rasa hati nie.

Tak pe la, terpaksa gak lepaskan dia. Kang dia tak sambung belajar kang. Nak keje apa lak dia nanti ye tak.

Tapikan, biler aku pike balik, kenapa aku nak risaukan adik-adik aku yang dok jauh? Diorang kan besar panjang? Aku mula-mula masuk kolej dulu pun masa umur aku macam Kakwan skang, 18. Apa nak takut. Kalo nak dibandingkan dengan aku, Kakwan lagi bagus. Dok asrama kat sekolah 5 tahun, tak kan tak biasa lagi kot dok jauh-jauh. Mungkin tak sejauh Johor-Kedah, tapi ada la pengalaman dia tu. Nak dibandingkan dengan aku yang baru belajar dok asrama masa umur 18 (2 tahun lepas), memang kalah aku.

Aku lupa lak nak tanya adik aku, kat Maktab tu ada wireless ke? Leh YM hari-hari ekeke. Minah tu dah ada laptop sendiri beb. Eleh, berlagak XD

Aku ingat nak beli handphone yang ada kamera, bagi kat Kakwan. Nak MMS dengan dia. Tapi ada ke handphone yang murah, siap dengan kamera tu ek.

Tetiba lak aku teringat, besday aku Sabtu depan! cx Pas peksa hari Isnin dengan Selasa minggu depan, aku nak pi Low Yat. Buat apa? Usha-usha harga barang. Kalo berpatutan, aku akan beli birthday present hari tu gak 8D Kalo ada la. Mungkin at the same time aku nak cari handphone untuk Kakwan. Kalo ada yang murah, beli!

Okay la, aku nak pi study niew. Tinggal 2 hari jer sebelum paper yang first c:

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...