Terkejut gak aku biler dapat tahu Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia dalam pukul 11.40 pagi tadi. Tak sangka lak. Kalo tak sebab aku member IluvIslam, memang aku tak tau la.
Ya Allah. Terus teringat lagu Pergi Tak Kembali dengan lagu Anak Soleh nyanyian beliau dengan Rabbani. Selalu dengar dalam van arwah abah on the way nak balik kampung.
Menangis aku biler dengar lagu Pergi Tak Kembali. Syahdu sangat.
Beliau pengsan masa tengah buat ucapan kat RTM. Live kot. Pastu gi hospital, tapi pulang ke rahmahtullah jua.
Heran, 2-3 minggu aku dok umah sempena semester break, aku asyik nampak dia kat Channel Oasis time mahgrib. Munajat, Zikir dan macam-macam lagi. Tak sangka lak dia macam suatu petanda. Agaknyer kalo aku bagitau umi pasal nie, apa agaknyer reaksi dia.
Al-Fatihah buat allahyarham. Semoga beliau di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Mungkin bersama-sama abah :) mana tahu. Abah bule dengar dia menyanyi kat syurga tu ahak (haha)
So anyway, aku dapat berita yang bebudak kat kolej aku tak perlu bertukar asrama semester nie, just stay macam semester lepas. I was "huh? Ye ke??? Fulamak! Dapat jumpa Kak Ros, Kak Syam, Lisa, Kak Ain dengan Kak Nad balik! Oh my God!! Bestnyer!"
Nie sumer pasal H1N1 la nie :) bagus gak, kalau tak memang kena tukar umah tu, pastu dapat roommate dengan housemate lain.
Ingatkan sebab dah hari ke-tiga daftar mungkin aku kena dok kat blok lelaki. Adoi, nasib baik aku tak bagi tau mak aku pasal tu.
Yang tak bestnyer, ada free check up kat UNISEL. Bangang tol. Bukannyer nak cakap awal2 D8 bazir duit jer bayar RM60. Tak pe la. Asalkan ada surat pengesahan dan bukti, sudah ler. Lagi cepat habis daftar kan? Kan?
Yea yeah dapat gak jumpa housemate lama! Dapat la berpuasa dan berbuka dengan diorang! Ini baru betul. Sepatutnyer tak payah la tukar-tukar, menyusahkan orang jer, dah la bawak banyak barang gi JB. Bangang tol la UNISEL nie.
Ingat nak beli kurma banyak-banyak. Leh makan sesama dengan diorang.
Pergh bestnyer dapat asrama lama tu balik. Dah la dekat dengan bazar nanti, dapat lak housemate lama heeeeee
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak :) especially to my sister, Kakwan, sorry la tak dapat jumpa. Kang raya kita jumpa okay. Belajar rajin-rajin tau! Sayang kat ko.
al-fatihah.. huhu.. sedey..
ReplyDeletenways.. salam singgah dari ku.. ;p