Thursday, August 20, 2009

RE: Adikku Sayang



Ramadhan tahun nie disambut dengan penuh kegembiraan, diiringi titisan air mata kepuasan dan kesyahduan.

Aku adalah seorang manusia yang lemah. Tersangat lah sensetif. Lagu Burdah nyanyian Mesut Kurtis memang best giler. Rasa tenang semacam. Rasa mengantuk tadi hilang. Aku rasa macam berada kat kapal macam dalam video tu. Kenapa la dilahirkan pada zaman moden nie. Kenapa la aku tak berada di zaman di mana Rasulullah SAW hidup? Mana ada laptop, mana ada handphone, mana ada internet yang melalaikan.

Aku mungkin berada di atas kapal macam dalam video tu. Bestnyer ...

Anyway (boleh pulak berangan) aku rasa sedih biler aku baca mesej SMS adik aku tadi.

"Kakwan tak boleh balik JB puasa nie"

Aku seriously menangis. Aku kesian sangat kat dia. Aku rindu kat dia. Aku reply mesej dia ...

"Allah tengah uji Kakwan. Ingat tu"

Kenapa la aku tak pernah bersyukur selama nie. Aku belajar kat Selangor jer, dia jauh nun kat Kedah. Aku bule la nak ulang-alik ke Kajang. Kalu nak balik JB pun bule. Tapi adik aku? Utara Malaya tu. Umi lak kat selatan. Sedih sesangat. Rasa hiba.

Kau bagiku masih lagi muda, tapi kenapa la kau kena tempuh cabaran nie, satu persatu. Cukup lah aku yang kena, kenapa kau pun kena alami semua nie.

Ya Allah. Aku rasa aku dah nampak perancangan-Mu, tapi mungkin hanya sedikit sahaja yang Kau tunjuk untukku.

Mesej Kakwan, walaupun nampak macam biasa jer untuk orang lain, tapi bagi aku, ia suatu tamparan penyedaran untuk ku sebagai seorang kakak. Nak-nak pulak nak dekat bulan Ramadhan nie.

Aku kena balik Kajang. Amik nota punyer pasal.

Untuk 3 adik aku ...

Kakwan:
Engkau tau kan aku sayang kat kau, walaupun berapa banyak kali kita bergaduh. I'm sorry I'm not a good role model for you. Tapi aku dah cuba. Aku dah cuba jadi yang orang lebih baik. Skang ko dok jauh, belajar la. Dalam Islam, menuntut ilmu tu sangat mulia di sisi Allah. Engkau tahu kan? Umi redha sesangat kalo ko gi sana dengan niat yang betul. Umi takkan rasa sedih kalo tak dapat jumpa setahun, dua tahun. Umi dulu setahun sekali jer leh balik raya baru leh jumpa Tok Mi, kenapa tak kita? Sabar lah Kakwan.

Kita bakal cikgu, Kakwan. Kita akan jumpa ramai orang yang macam-macam perangai. It's our duty to change them for the better. Macam Umi juga. Bersabar la Kakwan. Ko ingat aku suka ke dok kat tempat aku skang nie? Kalo tak sebab aku nak dapatkan masa depan yang lebih baik, aku takkan datang sini in the first place. Itu lah usaha aku skang. Ko pun berusahalah. Bukan ko sorang jer. Mosute pun dah dua kali struggle, dan masih lagi struggle. Jangan jadi macam dia, Kakwan.

p.s: Aku tak mau ko beli cheesecake tu until ko dapat keje dan pegang duit sendiri. Please. Skang ko belajar bersungguh-sungguh. Kalo aku nak, aku boleh beli sendiri.

Mat:
Rasanyer Mat tak baca pun natang nie sebab ko tak de blog. Kakwan dengan Beby jer ada. Tapi aku akan suh ko buat satu blog biler ko dapat offer sambung belajar kat mana-mana. Handphone sahaja tak cukup. Kita adik-beradik kena taip catatan harian (kalau tak harian, mingguan pun jadi la) supaya kita leh keep track of each other.

Untuk adik lelaki aku yang pertama, kau dah tahu tanggungjawab kau sebagai anak lelaki sulung Abah. Kau lah ketua keluarga menggantikan Abah sekarang. Abah tak mau membebankan kau, tapi dah nasib, umur dia tak panjang. Kau masih muda lagi. Aku selalu cakap aku tak berapa yakin dengan kau, tapi aku tahu kau dah cukup matang untuk guide kitorang. Engkau ada otak, engkau ada akal. Abah dah hantar kau pegi SMKA. Aku rasa ilmu agama engkau lagi banyak daripada aku yang 3 tahun lebih tua daripada engkau. Engkau sahaja yang layak. Yang nikahkan aku dengan bakal suami aku pun, engkau juga, engkau tau tak.

Cukuplah engkau imamkan solat jemaah dengan family kita kat umah dan baca doa, and maybe baca al-Quran dan Yassin sama-sama. Pasal duit tu, jangan lah pike dulu. Umi dah cakap kan. Umi nak hantar Mat pegi tahfiz selepas SPM. 3 bulan jer, Mat.

Ko cakap nak pegi Al-Azhar kan? Aku ingat lagi. Alhamdullillah, engkau ada cita-cita yang tinggi. Berusaha lah bersungguh-sungguh untuk SPM engkau tahun nie. Aku tahu engkau boleh. Jangan la ikut perangai aku. Menyesal ko kang.

Beby:
Untuk adik aku yang bongsu ni, mula-mula sekali aku nak ucap terima kasih sebab masakkan megi mee sedap untuk aku hari tu. Tak sangka lak ko nak masak untuk aku, walaupun hanyalah sekadar mee segera. Aku rasa tersentuh sesangat. Moga Allah membalas jasamu.

Walaupun Mat adalah ketua keluarga skang, kau juga bule membimbing family kita. Kira macam assistant la. Pembantu biler ketua tak de. Kau la yang jadi imam. Umi dah tak leh jadi imam lagi sebab ko dah baligh.

Umi penah cakap, perangai ko memang sebijik macam Abah. Tak tau la dia penah bagitau kau tapi memang betul pun. Engkau lah Mokhtar Mohed mini dalam family kita. Perangai, muka, sebijik macam arwah.

Aku tak cakap ko kena buat apa yang arwah buat. Makan tu kena jaga. Ko nak mati macam Abah ke? Cukuplah, Beby. Kematian Abah dah cukup tragik, ko nak menambah perit dalam hidup kita ke?

Aku tahu engkau letih. Kau balik rumah tumpang orang, naik bas atau teksi. Dan aku paham ko memang ada masalah kesihatan. Tapi cuba engkau bayangkan Abah masa dia hidup dulu. Masa dia keje dulu. Dia bangun awal sebelum kita dan gosok baju anak-anak, Aku, Kakwan, Mat dengan Beby. Pastu dia gosok baju dia pulak and get ready nak hantar anak-anak gi sekolah. Pas hantar anak-anak, dia gi pejabat. Kat pejabat, of course la lagi letih (aku tak tau sangat la apa dia buat tapi macam banyak keje je). Abis keje, dia either masak kat umah atau beli kat luar. Sometimes, dia bawak document keje ke rumah, sambung keje kat living room tempat dia baring masa dia sakit dulu.

Engkau tahukan pemakanan dia memang tak betul dari dulu. Penghadaman yang tak betul. Dia sakit. Tapi dia buat tak tahu juga. Makan ubat. Makan Eno. Makan julap. Apa-apa pun asalkan dia dapat hilangkan sakit dan sambung keje.

Tapi engkau jangan buat macam dia. Keje memang kena buat tapi kesihatan kena jaga. Cukuplah sorang dari family kita meninggal. Ko jangan buat hal. Umi, Kakwan, Mat dengan aku sayang kat engkau. Sebab engkau adalah peninggalan Abah yang paling berharga.

Cukup lah kita bersedih atas kematian Abah. Kalau Abah tahu kita macam nie, lagi dia sedih tau. Buat apa yang Abah selalu buat.

Gembirakanlah orang lain. And for you, that 'orang lain' is Umi, his wife. Your mother.

Our UMI.

Untuk adik-adikku yang tersayang, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Puasa, jangan tak puasa :)

2 comments:

  1. huhu. bee akui ngan tahap kesihatan bee nih. bee cube ushe knnye! kakak pulak, lps ni blajarlah ke arah ilmu rohaniah.

    ReplyDelete
  2. woi....aku balik jb beb....
    aku nk blikan ko cheesecake gak...hahahaahh

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...