Akak Syam dengan Akak Ros dah balik pagi tu. Lisa lak petang baru balik, atok dia amik. Kak Nad lak balik lambat sangat, dalam pukul 9 malam.
So berbuka sorang-sorang jer aku kat dalam asrama. Tak de la sedih sangat. Ye la, kita dah besar. Bukannyer selalu leh makan sesama.
Yang tak logiknyer, aku baru jumpa ayam percik. Hampeh, kat asrama rupanyer. Sampai ati tol, tapi tak pe la, hilang kempunan aku nieh. Pas tu aku beli pulak air oren 2 hinggit dan nugget 10 batang. Ye, 10 batang. Makan sensorang. No, I'm not depress lah. Aku memang banyak makan, nak buat macam mana. Mak aku tahu sesangat anak dara dia bengong biler time makan nie. Tu sebab aku tak penah kurus ahaks. At least aku ngaku aku gemuk, bukan macam korang :p wakaka
Esoknyer Umi call. Cakap nak balik JB ari tu jugak. I was like,
Aku: aaaarrr????? JB??? Umi, tak mau balik JB aaaaaaa T3T tak rela!!!! Jauh giler tuh!
Umi: Mat (adik aku) ada study group dengan kawan dia laaa
Aku: Arr??? Abis Kakwan?? Dia nak balik JB ke?
Umi: Kakwan kan kat Putrajaya, tgh buat raptai untuk Merdeka nie
Aku: Laaaa abis tu Kakak tak leh jumpa Kakwan laaa??? UMIIIIII!!!! T_T (sedih giler)
Umi: MU NOK BALEK DOK?!
Aku: Err ... (takut dah) kalau Kakak dok sini jer tak leh ker? Byk assignment la, Umi ...
Umi: Mu nok dok soghe2 ko? Tak bahaya ke?
Aku: Bule le Umi ...
Memula tu memang aku tak nak gi JB, tapi pas beberapa minit, aku buat keputusan untuk balik gak. So aku pun basuh la baju yang aku rendam semalam (ceh, baru nak basuh rupanyer) pas tu aku mandi dan bersiap gi Kajang.
Naik jer bas, tak ramai orang dalam tu. Aku dah agak dah, mesti bas nie bertolak lambat sebab nak tunggu sampai penuh. So selama satu jam, aku berangan macam-macam. Dalam pukul 1.30 petang, baru bas tu gerak.
2.30, baru sampai KTM. Adik aku, Mat pulak call. Pakai nombor baru tuh! Amboih ...
Mat: Kakak kat mana?
Aku: Baru sampai Sungai Buluh ler ... Penat tau.
Mat: Dah nak sampai Kajang ke? (mamat nie memang tak tau)
Aku: Weh Sungai Buluh tu jauh laaaa!
Mat: Ar? Ye ke? Agak-agak pukul berapa sampai?
Aku: Dalam satu jam lagi, aku sampai ler. Nanti aku sampai Serdang, korang siap-siap la. Sampai Kajang, terus gi JB.
Mat: Okay.
Dalam 3.30, aku sampai ler Kajang. 2 minit pas tu baru Umi dengan adik-adik sampai, naik Livina. Penuh barang kat bahagian benot.
Apa lagi, Umi terus gi restoren Sate Kajang Haji Samuri (ewah) dan beli sate sebanyak Rm50. Baru pukul 4 masa tu, dah beli makanan lak. Dah la tengah puasa tuh. Menggoda beb bau dia.
Pas tu Umi gi umah Kajang, suh Mosute tunjuk jalan gi Bangi, nak beli tudung hitam untuk Kakwan. Umi suh aku naik keta Kelisa Mosute. Aku sebenarnyer malas nak turun, tapi terpaksa juga gi naik keta Mosute.
Bertolak la kitorang ke Bangi. Sampai sana, beli 2 tudung hitam. Satu untuk Kakwan, dan satu lagi untuk aku.
Berhenti jap kat masjid nak semayang Asar, berhenti lagi kat Petronas nak isi minyak. Aku leh lagi usha kerepek. 3 bungkus untuk RM10. Aku beli yang 3 untuk RM10 tu dan satu lagi yang Rm5, pakai duit Mosute sebab masa tu aku tengah pegang handbag dia XD
Kitorang sesat kat Putrajaya. Entah berapa kali entah pusing semata-mata nak gi Presint 18. Konfius, konfius. Macam mana Kakwan leh ada kat tempat macam nie. Pening aku.
Jumpa jer Kakwan, aku tanya macam-macam pasal tempat sementara yang dia dok tu. Ada lif ke? (sebab bangunan asrama dia tinggi macam KLCC la pulak) dan macam-macam lagi soalan yang aku dah lupa.
Pas jumpa Kakwan kat Putrajaya, kitorang berbuka puasa kat Kampung Baru. Macam-macam kitorang beli, murtabak 10 keping, roti john 1 batang, bubur kacang 1 bekas, cendol 1 ringgit, samosa dalam 2 ringgit (kot) dan macam-macam lagi lah. Dah tu, order lagi makanan kat restoren yang kitorang dok tu haha tak le bla tol. Makanan yang lebih yang tak habis makan tu, kitorang ingat nak buat sahur ja.
Sebelum berpisah dengan Mosute, aku cakap kat dia, aku tinggalkan 2 bungkus kerepek, kasi kat Cik Ja kat Perlis (Mosute nak gi Perlis keesokkan harinya).
Mosute berpisah dengan kitorang sebab dia kena gi kelas malam tu. Kitorang lak on the way nak ke Seremban biler dia call. Dia cakap kelas dia kena batal lak tetiba. Hampeh.
Sampai kat Pagoh dalam pukul 11 malam, Umi terpaksa tido sebab mengantuk. Anak-anak dia yang lain gi semayang, pastu merayau jap. Aku sempat beli cincin yang diperbuat daripada kayu, 2 bijik. Comel giler. Dan aku akhirnya dapat beli Rubix Cube yang kecik yang boleh dijadikan key chain. Suka sangat. Walaupun kualiti rendah, tapi asal boleh main, sudah. Tapi yang tak sukanyer, kaler dia leh tanggal lak. Hampeh. Tapi tak pe. Gam UHU atau gam gajah kan ada, ye tak?
Tetiba Umi bangun, cakap tak selesa tido kat dalam Livina so dia pegi tido kat surau. Tak de orang dah masa tu. Ye la, pukul 12.30 pagi.
So sementara menunggu Umi bangun dari tido, kitorang gi main buaian kat tempat mainan budak-budak. Tak de orang sangat masa tu so kitorang main ajer la. Baru aku sedar, aku dah besar. Bayangkan main jongkang-jongket dengan adik-adik lelaki aku yang berumur 15 dan 17 tahun. Lawak giler. Macam orang giler pun ada.
Pas tu kitorang gi check handphone. Aku tanya macam-macam kat Beby pasal model Sony Ericson sebab aku ingat nak tukar handphone. Beby ada la rekomen satu model nie, yang macam classmate aku punyer. Beby kata kalo nak murah lagi, dia leh cari kat internet. Tapi kena amik risiko la.
Umi bangun dalam pukul 2.30 pagi dan terus kitorang bertolak ke JB. Dalam 3.00 pagi, kitorang sampai umah. Aku betol2 mamai sangat masa tu.
Umi suh bersahur waktu tu juga, takut kalu sambung tido kang tak bangun langsung. So aku pun makan ler sate kajang yang tak sempat nak di makan semalam.
Pukul 3.30 pagi, pas makan sate 10 batang, aku gosok gigi dan terus tido.
Amin.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?