1st Day Raya
Ahh ... buat esok la. Hari nie kan hari raya. Enjoy la beb. Sekali-sekala. Ngap ngap ngap (bunyi orang mengunyah rempeyek) :P Erk ... sape abis air soya nieh? Padahal semalam beli 3 kotak besar dah abis dah? Bengong punya adik.
2nd Day Raya
Buat esok ler assignment. Banyak masa lagi nie. Cuti pun seminggu kan. Apa nak risau. Tengok TV la, kot-kot ada citer best.
3rd Day Raya
(Tengok nota assignment) Adeh, lambat lagi nak hantar assignment tu kan. Alah, esok aku buat la. Tak yah risau lah. Sempat jer kot.
4th Day Raya
(Risau sikit) ... Esok la (pastu sambung tido balik hua hua hua)
5th Day Raya
(sebok download video kat Youtube) Esok aku start buat keje la ... banyak lagi video nak download nie, penting nie.
6th Day Raya
(Start baca notes, 2 jam kemudian, berhenti dan terus ke Youtube untuk download video)
7th Day Raya
Boleh rilek lagi nie padahal next week dah start kelas ehehe.
8th Day Raya
Baca 30 minit, taip 10 minit, baca lagi 3o minit (ditambah dengan meng-highlight passage dalam buku), taip lagi 10 minit, tengok TV 10 minit, baca 5 minit, tengok TV 30 minit, taip 1 minit, tengok TV 1 jam ... buku dan laptop ditutup. Tapi keje yang siap hanyalah 1 peratus sahaja.
Innalillah. Jangan la korang ikut perangai tak senonoh aku nie.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?