Hari Sabtu, 19hb September 2009, aku dengan adik aku, Kakwan, dihantar ke Puduraya pada pukul 8 pagi oleh mak sedara aku. Padahal tiket bas ke Johor Bahru pukul 4 petang.
So apasal mak sedara aku hantar awal pagi sangat?
Minah tu nak balik Kelantan hari yang sama dengan Kak Ayu dengan Pak Su. Kunci rumah Kajang ada satu jer, tak ingat nak buat spare. So aku dengan adik lepak ler kat Puduraya sebelum ke Bukit Jalil.
Perkara pertama yang adik aku nampak biler sampai Puduraya: KFC.
Tak leh blah. Orang tinggal satu hari lagi nak puasa, dia pulak nak makan KFC. Tau la tak leh puasa.
Mula sekali kitorang gi letak beg besar kat tempat letak beg berbayar. Ye la, takkan la nak bawak beg besar jalan-jalan. Naya ada la. Pas tu aku gi cucuk duit.
Kitorang pegi la KFC, mulanyer nak beli bungkus pastu makan kat surau ke. Tapi sebab terlampau malu, kitorang pendamkan jer. Masuk kedai tu guna wireless jer hehe
Pas dah bosan, kitorang masuk lak bangunan Puduraya tu. Wah, ada lain sikit. Ada TV tuh! Aku perasan ada tempat duduk baru kat tingkat atas. So kitorang pun gi check la dengan Kakwan.
Amboih. Memang tak sama dengan tempat duduk yang lama. Besi beb. Lantai dia putih licin jer. Dekat dengan tandas lak tu (tapi kena bayar 50 sen, ada ka patut. Tak patut, tak patut tapi berbaloi kot sebab tandas lawa dan bersih, boleh dimaafkan la). Siap air-cond lagi tuh. Wah. Berapa banyak duit kerajaan abiskan duit pun aku tak tau la.
So lepak la kitorang kat situ. Kakwan bukak balik laptop dia. Akunyer laptop dah abis bateri.
Aku dan adik aku yang tersayang mengambil gambar syok sendiri. Ahaks. Suka ati aku la, handphone aku.
Kakwan gi la kat satu site nie, flash game Silent Hill. Aku tumpang tengok. Dia tekan, tekan, tekan, pas tu ada dia tekan satu pintu yang captionnyer cakap “Something smells nasty in this room” Kakwan tak teragak-agak main masuk jer bilik tu. Bila kita nak kuar bilik tu, kuar lak gambar zombie disertai dengan lagu seram yang mengejutkan. Apalagi, terjerit kitorang berdua. Semua orang tengok orang. Ye la, jerit macam kena kejar raksasa haha. Malu giler isk isk isk
Nasib baik adik aku tak melatah.
Pastu aku ajak Kakwan gi jalan-jalan. Kitorang gi Mydin dekat Puduraya. Ingat nak beli sweater, tapi tak jumpa. Instead, kitorang beli kasut plastik 2 pasang, satu untuk Kakwan, satu untuk aku, bedak compact untuk Kakwan dan biskut raya, kononnyer nak kasi Umi padahal dah ada dah dalam beg. Mosute bagi dua balang biskut raya dengan popia serunding dan coklat.
Mak cik kayoooo dan glameerrrrr beb haha Kakwan sempat try rantai mutiara (konon nak nampak macam orang kaya la konon) Of course la natang tu palsu :p
Balik ke Puduraya, kitorang gi ambik balik beg besar tadi pas tu Kakwan pakai la kasut plastik baru dia, katanya nak senang berjalan.
On the way nak gi bas RapidKL yang nak gi ke Bukit Jalil, aku ingat nak beli majalah. Pas tu aku nampak kaunter bayar zakat fitrah. Aku tanya la Kakwan, Umi dah bayar ke belum zakat. Kakwan cakap tak tau. Rasa was-was lak, tapi tak rasa nak call Umi, nak tanya dia dah bayar ke belum. Cakap Kakwan, baik bayar sendiri. Umi dah bayarkan pun, kalau bayar lebih, tak pe. So kitorang pun gi la bayar sendiri walaupun pakai duit Umi.
Mula-mula Kakwan gi dulu. Kakwan hulur RM10.00, pegawai tu bagi balik baki RM3.00 (RM7.00 untuk Kuala Lumpur, tempat lain, lain harga) dan suruh Kakwan baca something kat satu paper nie, macam “… bayar tujuh ringgit menggantikan beras kerana Allah taala …” Lebih kurang la. Pastu pak cik tu baca doa. Doa selamat kot, pas tu dia kasi resit. Pastu aku lak bayar.
Selesai jer bayar zakat, kitorang gi beli majalah dan air botol. Pastu gi ke bas RapidKL kat depan Puduraya. Ramai la pulak. So kitorang tunggu bas yang kedua.
Pergh ramai giler. Berhimpit kalah bas gi UNISEL hehe.
Pukul 12.30 tengah hari, sampai la Bukit Jalil. First thing first, aku cari kaunter Transnasional. Dah jumpa, adik aku ajak gi surau, nak minum air punya pasal. Bagus gak, aku lak tengah sakit gastrik masa tu so aku terpaksa minum susu soya kat depan orang. Peduli hapa, memang aku tak leh puasa. Kang aku pengsan, adik aku lak yang kena angkat aku. Mati la minah tu nak angkat aku adeh.
Dah la ada air-cond dalam khemah surau tu, amboi, best kalau tido nie. Ye la, tiket pun pukul 4, lambat lagi, so aku pun lentok la sampai pukul 3.
Pukul 3, kitorang gi ke kaunter nak bertanya pasal nombor plat bas, tapi akak tu suh gi Platform 5. Dia cakap bas Transnasional sumer kat situ, nanti tanya pegawai dia kat sana jer. So dengan beg beroda kitorang pegi la ke Platform 5, nampak la banyak bas Transnasional. Pastu aku nampak satu taman. Aku ajak la Kakwan gi sana, amik gambar kejap. Kakwan kalau bab amik gambar nie, dia la nombor satu. Nak-nak lagi kalau dia dah pakai bedak. Lagi ler dia nak. Amboih.
Control, jangan tak control ahaks. Sedih la pulak, tau la bas tak gerak lagi.
Selepas tangkap beberapa gambar, kitorang gi ke Platform 5, tanya driver bas, dia suh gi depan lagi, yang ramai orang tu.
So kita tanya lak kat pegawai tu. Dia suh tunggu sampai dia panggil. Memula dia panggil la sesapa yang gi Segamat dengan Tampin. Aku tengok ramai yang nak gi JB, macam aku dengan Kakwan. Dalam setengah jam sebelum pukul 4, dia panggil orang yang nak gi JB. Apalagi, serbu la.
Aku dengan Kakwan dapat bas double storey. Oh tidak. Sempit bodo bas tu. Ye la, nama pun double. Double bilangan penumpang bas yang biasa. Memang berhimpit la. Memula tu aku ingatkan seat aku kat atas, tapi cari-cari tak jumpa, rupanya ada kat bawah. Pegawai tu bukannyer nak cakap. Mengada tol.
Tepat pukul 4.05pm, bas pun bertolak. Aku pun start la nyanyi lagu Sudirman, Balik Kampung. Ye la, lama sangat menunggu. Dah la esoknya raya.
Akhirnya! Kini pasti! Kumerasai .... Cewah, layan perasaan.
First half hour tu, aku berbual la dengan Kakwan jap, baca majalah jap, tengok anak orang jap.
Second half hour, aku terlelap sampai pukul 6 suku. Macam mana aku leh tido dalam bas yang sempit tu pun aku tak tau la. Asal boleh jer. Adik aku pun sama.
Bila adik aku bangun, dia cakap kat aku yang tangan dia cramp. Hampeh, aku gak yang kena jadi tukang urut dia hari tu. Tu la sape suh tido mengiring. Dah tau kita tido kat kerusi, jangan ler buat macam katil sendiri.
Pukul 7pm, bas berenti kat Ayer Hitam untuk berbuka puasa. Awal giler. Lagi awal dari Selangor. Aku pun lupa yang aku kat Johor.
Aku dengan Kakwan makan nasi dengan 2 ketul ayam. Masing-masing dua ketul hehe
7.30pm, bas hon panggil penumpang tanda dah nak gerak semula. Kakwan sempat beli susu soya. Dua botol lak tu. Sayang gak ko kat aku. Ye la, aku masih lagi sakit gastrik.
Pukul 8pm, pak cik announcer kat radio umumkan yang hari raya kompem pada 20hb September (esok ler). Aku pun start la nyanyi lagu raya ekeke
Dalam pukul 8.20pm, bas sampai plaza tol. Aku pun call Umi, suh amik kat Sri Puteri.
Dalam 10 minit dah sampai Sri Puteri, terus ambik beg besar beroda dan pegi ke Skudai Parade. Aku ingat Kakwan tahu aku dah call Umi suh, rupa-rupanya tak. Dia kind of marah la juga “Apasal ko call? Cakap ler pukul 9 baru ambik ke”
Nie nak gi makan kat KFC kat Skudai Parade tu haaa. Kes kempunan la nie walaupun dah makan 2 ketul ayam goreng kat Ayer Hitam.
Sebelum sampai ke Skudai Parade, Kakwan gi tandas kat Esso. Aku tak nampak dia punya tanda male dengan female tu until satu mak cik tanya yang mana satu pompuan punyer tandas. Baru aku perasan, Kakwan masuk tandas lelaki haha Tak le blah.
Pas Kakwan selesai, terus berlari ke Skudai Parade (aku la yang berlari, Kakwan asyik-asyik panggil aku suh jalan perlahan, kesian)
Sampai jer KFC, Kakwan terus beratur nak gi order. Sementara menunggu tu (ada la dalam 2-3 orang kat depan dia) aku call Umi, suh dia datang Skudai Parade. Tapi tak dapat. Instead, Mat yang jawab. Dia cakap Umi tertinggal handphone. Dia cakap lagi, Beby ada bawak dia punyer. So aku pun call la Beby dan suh dia cakap kat Umi gi Skudai Parade.
Pas call Beby, aku gi kat tempat Kakwan beratur. Bincang berapa ketul ayam nak beli. Selepas berbincang and everything, Kakwan decide nak beli 9 ketul, 6 spicy, 3 original. Minah tu kedekut giler kalau bab pilih spicy dengan original nie. Geram tol. Pastu aku mintak Cheese Wedges.
Selepas beli, kitorang la tunggu la Umi dengan Beby datang. Cheese Wedges tu sempat aku habiskan.
Tetiba Beby datang. Aku suh dia angkat beg Kakwan yang besar dan kitorang pun terus la gi ke kereta Kelisa Umi.
Letak beg dalam bonet, cium tangan Umi, naik kereta, balik rumah dan tido.
Home sweet home :)
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?