Monday, September 21, 2009

Murtabak Megi

Hari nie aku masak murtabak megi untuk satu family, tapi aku dengan Kakwan jer makan. Adeh.

Cara-cara masak murtabak megi (sori la, tak de gambar yang diambil semasa proses memasak hehe)



Bahan-bahan (boleh modify sendiri)

  • satu bungkus megi segera apa-apa jenama
  • 2 bijik telur
  • Kalau nak tambah daging ker, bawang ker, ikut selera korang



Mula-mula masak megi selama 2-3 minit, macam biasa la, takkan nak makan megi keras kot. Toskan airnya. Pastikan megi betul-betul kering.




Bahagian nie leh skip. Campurkan perencah megi dengan telur dan kacau bersama.



Campurkan megi dengan telur tadi dan gaulkan sebati.



Panaskan minyak dalam kuali.



Masukkan aduan nanti dalam kuali selama 5 minit. Penyek-penyekkan supaya bahagian dalam dia tak basah disebabkan telur kat dalam dia tak masak.



Dinasihatkan supaya bahagiankan aduan nie kepada beberapa bahagian dan masakkan dalam bentuk kecik (aku dah cuba buat yang besar, susah nak handle, dengar la cakap aku, aku menyesal sangat)

Dan juga, amatlah dinasihatkan supaya menggunakan hanya satu bungkus megi. Jangan lebih. Walaupun makan 10 orang. Aku cakap betul nie. Satu bungkus tu cukup sangat. Dua bungkus dah tak leh makan dah.



Angkat murtabak korang dan hidangkan dengan sos cili :)


Selamat mencuba!

p.s: Jangan membazir tau. Membazir itu amalan setan.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...