Sunday, October 25, 2009

Aku: Dulu, Kini dan Selamanya

Apa itu 'aku'? Aku adalah aku!

Tak reti la nak bersyair. Haha. Ok lah, aku baru jer selak folder dalam laptop aku dan jumpa gambar-gambar passport lama masa kecik-kecik dulu XD Tak tau la masih sama lagi ke muka aku nie dengan masa kecik-kecik dulu c:


Start dengan gambar nie! Gambar darjah 1 yang sangat la poyo. Haha. Tak le blah, tudung bulat jer aku pakai masa tu XD Sekolah Rendah Taman Universiti dalam kenangan. Satu tahun jer kot kat sana.


Nie biler ek ... sekolah rendah lagi kot, of course bukan darjah 1 la ... rasanyer masa tu aku dah masuk sekolah agama kot. Masa tu gi 2 sekolah, pagi gi sekolah rendah, petangnyer gi sekolah agama. Tak penat. Kenapa? Sekolah dua-dua tu bersebelahan jer kot. Ingat lagi tudung nie. Comel la mata aku masa nie :c Tak terlalu besar, tak terlalu kecik. Senyum, macam tak senyum. Adeh. Tapi okay la kalau nak dibandingkan dengan ...



... yang nie!!

Like .... ewww what is up with those lips? XD Aku tak tau apa yang buat masa tu. Aku nak bercakap kot pastu tetiba uncle camera tu dah tekan butang kamera tu haha. Time nie la memang kemaruk pakai tudung Turki tu. Entah kenapa entah. Aku sorang jer yang pakai tudung tu. Orang lain tak pakai.

Nie masa aku umo 12 tahun kot.


Ini kompem dah masuk sekolah menengah. Dalam lingkungan Tingkatan 1 atau 2 la kot. Comel la sikit. Sifat keperempuanan tu dah ada (HAHAHAHAHAHAHA perasan la pulak aku niew)


Tingkatan 2 atau 3. Kot. Dah tak reti pakai tudung dengan betul dah time nie. Dan semakin gemok.


This is me now c: Gambar passport nie buat sendiri ja. Kak Ayu amik gambar pastu aku edit kononnyer nak nampak background tu memang macam gambar passport real. Haha padahal gambar sebenar amik kat belakang umah jer. Asalkan ada dinding warna putih dengan lighting yang mengancam, aku bule jer hehe.

Aku paling tak suka part bawah dagu tu adoi. Gemok sesangat :c Kulit pulak lebih gelap, ye la banyak berjalan bawah matahari hehe



p.s: Weh Kakwan, aku terdelete hang punyer gambar masa kecik hang, hang ada simpan lagi tak dalam laptop hang?

1 comment:

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...