Wednesday, November 11, 2009

Hanya Kerana Kucing

Aku di-lecture oleh ustaz tak bertauliah kat Yahoo Messenger. Adeh. Mula la bila aku tak puas hati pasal something, dia start berceramah.

So apa penyebabnyer? Nie la dia. Adik aku post satu artikel pasal pembunuhan kejam 4 ekor anak kucing.

Kejamnyer manusia kepada kucing

Sedih sangat tengok gambar tu. Sian tengok mak kucing tu, cuba nak selamatkan anak-anak dia. Kejam giler. Kenapa ar, kenapa. Aku rasa macam nak menangis biler tengok gambar tu. Nak aje aku cari orang yang bertanggungjawab pastu bunuh dia terus. Geram tau.

Pas tu aku cakap la kat ustaz nie pasal artikel tu. Tau tak apa dia cakap?

"Kamu kena ingat, orang Vietnam makan kucing macam kita makan ayam" (okay, he didn't say it exactly like that but paham-paham la, sama jer kot maksudnyer)

Pastu aku balas la,

"Tu orang Vietnam la"

Pastu dia hujah lagi,

"Kat Malaysia nie kan pendatang haram dari Vietnam banyak"

Terkedu gak aku. Betol gak ek. Adeh, macam mana leh lupa lak. Pastu dia cakap la, orang Vietnam makan kucing, tapi kat Malaysia kita bela kucing nie baik-baik. Dia bandingkan pulak dengan orang Hindu yang sayangkan lembu tapi orang Melayu makan lembu. Sama kes kot.

Rasa macam tak adil, tapi adil gak teori tu. Pastu kita orang berdebat lak pasal agama. Adeh.

Pastu aku cakap la kat dia,

"Gambar dalam website tu, bukannyer orang tu makan anak kucing tu, dia biarkan jer. Sah, dia dera kucing tu"

Pastu dia reply,

"Betol betol" Macam Upin dengan Ipin.

Rasa marah bertukar neutral semula.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...