Tuesday, November 3, 2009

Hati Kama

Teringat lak masa time kat sekolah dulu bila time lagu tradisional popular. Siti Nurhaliza dengan Noraniza Idris mesti disebut. Antara lagu yang popular time tu ialah Cindai, Dikir Puteri dan yang paling best, Hati Kama.

Tapi kan, after all those years, aku terfikir, apa maksud sebenar yang nak diceritakan dalam lagu-lagu nie? Contohnyer Hati Kama.

Apa yang aku paham dari lirik lagu nie? Jom kita analisis ikut baris. (Macam la aku paham sangat)

( S & N ) <-- S: Siti N: Noraniza
Mengindang-ngindang padi huma
Apa maksud mengindang tu? Macam mengasingkan beras dari sekam ke? Ye la, dia cakap padi huma. Kejap, padi huma tu sejenis padi ke???

Mengindang dalam tampian
Tampian tu apa pulak? Alat nak asingkan padi tu ke?

Memandang-mandang hati kama
Ada orang cakap 'kama' tu maksudnyer nafsu tapi ada orang cakap 'cinta' atau perasaan cinta sebab dia di tulis dengan perkataan 'hati'. So adakah maksudnyer hati dilamun cinta? Atau orang yang dilamun cinta?

Memandang dalam renungan
Mengintai kot?

Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Pekerti mulia nie aku rasa sama ada seorang yang berpekerti mulia atau suatu perbuatan, membuat sesuatu secara sopan.

Risik-merisik mana lahir asal usulnya
So ... orang nie nak tahu orang yang lagi satu nie datang dari mana, asal keturunan dia nie apa, anak raja ke anak hamba (main entam jer la)

( ulang chorus S & N )

Mendengar suara lela lebur
Suara saper la pulak ... Lebur tu maksudnyer orang tu cair lepas dengar suara orang yang lain tu ke?

Bertentangan mata panah arjuna
Kompem. Mata dan mata pastu jatuh cinta.

Terbayang senyuman bunga gugur
Apa maksud senyuman bunga gugur tu?? Maksudnyer si perempuan nak kat si arjuna ke?

Siapa gerangan bagaikan betara
Apa pulak maksud betara nie? Adoi ...

Adakah dia hamba sahaya
Memang dia nak tau asal-usul dia tadi kan.

Ataupun bijak mentafsir mimpi
Aik, apasal dia jadi penilik mimpi lak nie??? Apokobondo la korang nyanyi nie, adoi la.

Mungkinkah jua benar diduga
So ada some sort of ujian menimpa ...

Hingga terusik hati nurani
Pastu tetiba lak dugaan tu menikam hati. Entah. Aku main teka jer.

( Ulang S & N )

Tawanlah jiwa ku
Dia nie cakap dengan saper sebenarnyer.

Bebaskan sayap juwita
Ko nak terbang la pulak. Nak gi mana.

Turutlah janji ku
Biler masa lak dia buat janji nie.

Tinggalkan segenap lara
Buangkan benda-benda yang negatif tu jauh-jauh. Kot.
( 2 x )

Burung yang terbang
Okay, aku nampak burung terbang XD

Salam utuskan salam
Nie kes tak dak Pejabat Pos/handphone kot masa tu haha So kena pakai burung.

Pada renungan pandang
Pandang mamat tu ke atau burung tu?

Selayang pandang
Aku tahu Selayang tu nampak tempat. Diorang kat Selayang ke?

Bukan betara ( 2 x )
Natang betara tu apa ar?

Atau pesona ( 2 x )
Perempuan/Mamat tu lawa sangat sampai ternganga mulut.

Insan biasa ( 2 x )
Memang ler. Korang ingat dia tu Superman ke? Suparman ada la.

Ah....
Whatever.

YALE!!

Nasib baik aku tak amik kesusasteraan Melayu, kalau tak, memang aku fail XD

1 comment:

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...