Hari-hari aku tengok laptop aku.
Hari-hari aku tengok keyboard laptop aku.
Hari-hari aku dok mengadap keyboard yang kelabu nie.
Aku dah lama nak bersihkan keyboard nie tapi selalu lupa. Padahal benda nie kat depan mata jer. Hari-hari jari gemok aku menaip guna keyboard nie. Boleh haus agaknyer.
So aku pike, bersihkan sekarang la, alang-alang dah kat depan mata nie. Masalahnyer aku tak tau nak bersihkan keyboard nie macam mana. Guna minyak? Guna air? Guna berus?
Dulu, masa aku pakai CPU, keyboard dia boleh bukak pakai screw, pas tu aku basuh pakai air. Senang. Nak pasang balik tu susah sikit sebab butang-butang dia dah berterabur. Kita pulak bukannyer ingat aturan dia walaupun hari-hari kita menaip, tak tengok pun kat keyboard tu. Tengok screen ada la.
Tapi kalau keyboard laptop macam pulak?
So aku pun google la.
Dia kata boleh bukak. Tapi takut nak try so aku just bersihkan keyboard nie sementara ia masih melekat.
Apa yang aku pakai?
Baby wipes. Alah, tisu basah. Tak de la basah mana, sedang-sedang jer. Selamat. Sebab benda tu tak de la terlampau basah macam letak tisu dalam sebaldi air. Tu memang nak menjahanamkan laptop ada la.
Aku guna baby wipes nie for almost every electric appliance yang aku ada. Aku bersihkan graphic tablet pun pakai baby wipes juga. So aku try la pakai baby wipes on my keyboard laptop.
Agak susah la juga. Hanya boleh bersihkan bahagian atas jer, yang kat bawah tu memang tak leh masuk. Tapi at least nampak bersih la sikit keyboard daripada tak de langsung.
Sebelum tu aku pakai pemadam. Tapi menyusahkan biler habuk dia masuk lubang keyboard.
Mungkin, pas aku pandai selok belok technical skill nie, aku nak try bukak la keyboard nie. Insya-Allah.
Lagi satu nasihat kat diri sendiri dan korang sumer, tolong la turn off your laptop first sebelum buat keje pembersihan. Agak menyusahkan biler kita nak bersihkan butang 'Start' pas tu window tu tetiba keluar. Aku lagi la, aku tekan certain butang, Windows Media Player pi tukar lagu lain. Adeh.
Alang-alang korang bersihkan keyboard tu, sila la bersihkan screen laptop tu sekali yer c:
Pas nie nak beli laptop silikon lah. Senang.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?