Sunday, November 22, 2009

Ran Online dalam kenangan



Bercakap pasal zaman jahiliyah nie, teringat lak zaman aku kemaruk main game Ran Online dulu.

Aku nak salahkan adik aku sebab kenalkan game nie kat aku dulu. Dia dah start main natang masa selepas aku amik SPM gitu dan aku start main around time menunggu result SPM.

Memang addictive.

Game nie kira popular la around that time. Skang nie game lain la yang popular tapi hanya satu nie ajer yang tersemat kemas di hati. Skang Ran Online niew macam 'so-10-years-ago' kind of thing.

Banyak sangat memori kat dalam tu yang tak leh aku nak lupa.

Kelakarnyer biler teringat aku punyer character pompuan tapi perangai dan bahasa memang kasar macam lelaki. Orang pun ingat aku lelaki padahal aku sebenar-benarnyer pompuan. Pakai tudung lak tu haha.

Masa tu EC (shaman) dengan archer hanyalah pompuan dan swordman dan brawler hanyalah lelaki. Memang gender-bias tol. Apa, ingat pompuan tak leh pegang pedang besar ke?

Until last year ke hapa, baru diorang kasi pilih gender untuk semua. Syok giler masa tu.

Nak gelaknyer, lelaki sumer pilih character pompuan. Ada gak orang macam niew. Jadinyer, ramai la mak nyah kat dalam server Malaysia haha.

Gamer pompuan lak pilih character lelaki. Tunggang-langgang semuanyer.

Aku tetap setia dengan character pompuan aku. Sebab apa? Character lelaki slow sangat biler berjalan :c Seriously. Aku boleh lari lagi laju dari character lelaki.

Entah la apa citer dengan character aku tu. Dah setahun lebih tak bukak.

Level 102 juga la dari tahun lepas lagi.



Gambar-gambar yang disertakan bukanlah kepunyaan aku. Nie character high level nieh.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...