Pejam celik, pejam celik, dah sampai bulan Disember rupanyer c: Rasa macam baru jer masuk tahun 2009, tetiba 2010 menjelma. Entah hapa entah aku buat sepanjang tahun nie yang menyebabkan ia berlama dengan cepat.
Awal lagi kot nak buat New Year's Resolution tapi tak salah buat sekarang kan? Kan? Kan?
1. Kuruskan badan
Ini dari tahun-tahun lepas lagi, sama jer. Tapi nak buatnyer payah beno. Nak buat macam mana, aku nie peminat setia makanan. Tapi macam ada harapan tahun depan sebab aku senang sakit sekarang dan aku sangat menjaga pemakanan aku sepanjang waktu sakit dan aku banyak minum air kosong instead of flavoured stuff. Insya-Allah, kalau Allah izinkan dan aku boleh berdisiplin, boleh la kot.
Kuruskan badan nie lebih kepada faktor kesihatan dan bukan sebab baju aku tak muat untuk di-pakai. Ataupun sebab nak jadi cantik dan mengancam ke hapa. Aku memang cantik dari dulu ekeke.
2. Banyakkan bersenam
Yang ini sangatlah susah nak dilaksanakan. Banyak juga alasan aku. Tak de baju sukan la, tak de kasut sukan la (padahal tinggal kat rumah), tak de masa la, malas la, hapa la. Ingat nak jogging dekat area asrama nie jer pun jadi la, tapi tak buat-buat juga. Kalau buat pun, senaman ringan kat atas katil, pas tu terlelap balik.
Kena ada motivasi la untuk part nie. Nak-nak pulak aku dok asrama. Kalau nak bersenam kat sini kena bangun awal, pukul 7 dah kena keluar, sebab pukul 8 dah panas dah. Nie entah ada masa ke tak. Tengokkan semester nie, nak-nak lagi 7 subject semester depan. Entah la.
3. Pointer 3.5
Yang nie lagi susah nak achieve. Academic stuff memang susah nak score, untuk aku la. Aku berazam tak nak buat keje last minute macam sebelum nie (ye la tu). Doakan aku ubah perangai hehe
Aku ingat nak tingkatkan communication skill aku. Mungkin aku kena cakap Bahasa Inggeris dengan family aku sekali. Biar la diorang nak gelakkan aku (ye la, aku selalu gelakkan diorang) asalkan aku cuba.
4. Belajar memandu balik
Lesen kereta dah ada. Siap re-new lagi sebab dah 2 tahun. Tapi memandu kat jalan raya tak berani. Hehe. Adik aku pun boleh bawak keta gi hantar adik-adik lelaki aku gi masjid untuk solat Jumaat. Aku nak parking kereta dalam rumah pun hampir terlanggar tembok. Apa punyer driver da.
Ingat nak belajar balik la. Tapi takut la pulak. Ye la, tahun depan dah pindah rumah, so mana nak test-drive? Macam la aku kenal jalan kat tempat baru tu. Kat JB tu, tahu ler. Adeh.
5. Buang fikiran negatif terhadap orang lain
Disebabkan fikiran bodowh nie la aku hampir hilang kawan. Sebab fikiran nie la aku perang besar dengan kawan sendiri. I wanna be neutral from this moment on. Biar la seteruk mana perangai orang tu, kita kena fikir yang baik-baik pasal dia. Cuba fikir, macam mana orang tu fikir pasal kita?
Tahun 2008 aku gaduh dengan kawan online se-kamceng aku yang paling aku sayang.
Tahun 2009 aku gaduh dengan classmate sendiri.
Tahun 2010, dengan saper pulak. Harap-harap la tak de saper nak gaduh dengan aku.
6. Berjimat dan jangan boros
Aku rasa aku banyak habiskan duit tahun nie. Kat mana? Makanan ler, apa lagi. Haha. Termasuk junk food, gula-gula dan ayam goreng lebih. Mana boleh tahan beb.
Aku ingat nak berhenti la beli junk food dengan megi. Aku jarang makan megi tahun nie, kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, tapi ada la time aku tak tahan, aku beli megi jugak. Tahun depan just beli nasi, lauk, sayur dan papadom. Kenyang. Lagi bagus.
Harap-harap PKP jual buah lagi tahun depan. Tapi kalau tak de, aku leh cari kat PP, kat sana ada satu kedai buah jual macam-macam buah tempatan. Siap display betik yang belum dipotong. So aku dah tak de alasan kenapa aku tak leh cari buah kat Umi hehe.
Itu je la kot setakat nie. Kalau aku nak tambah lagi, aku edit balik. Apa susah ;)
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?