Monday, February 15, 2010

Kampung

Ada kampung, tapi dah lama tak balik.

Okay nak mengatakan itu kampung aku pun tak juga. Itu kampung Abah. Kampung Umi. Kampung family diorang.

... so maybe itu kampung aku dan adik-beradik aku jugak kot. Entah. Tak berapa nak pasti.

Anyway, kitorang gi kubur Abah hari nie. Lawaknyer biler kitorang tak tau yang mana satu. Kitorang pegi jer la area yang kita ingat. Lagi pun, memang area tu untuk keluarga arwah Abah, so alang-alang dah datang tu baik doakan untuk semua ahli keluarga ye tak.

Mosute cakap, sebelah kawasan perkuburan tu la sempadan Thailand. Pegi jer lepas pagar tu terus cakap Siam, bukan lagi Kelantan. OOooo baru aku tahu. Dekat giler kan.

Pas gi kubur, kitorang gi makan. Pas tu shopping.

Mosute cakap kalau nak dapat harga murah kat sini, kena tawar-menawar. Tapi ada trick. Kena cakap loghat Kelantan betul-betul. Orang kat sini nanti kasi harga mahal kalau orang luar yang nak beli. Betul-betul kena cakap Kelantan, tak leh keluar satu patah perkataan pun yang bukan bahasa Kelantan.

Ingat senang ke. Susah sangat. Aku cakap Kelantan macam orang Siam. Adik aku lak kalau cakap cakap, terkeluar bahasa Kedah, bahasa Perak.

Tapi aku cuba jer la. Dapat la juga baju muslimah dengan kain hitam murah :p Tak de la pandai sangat nak kecek tapi ada la juga basic language tu hehe

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...