Tahun lepas, ianya wajib untuk aku sebab aku amik subjek Kekeluargaan Dalam Islam. Tapi kebetulan, abah meninggal minggu yang sepatutnya aku gi. Aku dok kat kampung selama seminggu dan terpaksa ponteng kelas.
Tahun nie, alhamdullillah, aku dapat pegi. Dengan Tie. Dengan Uyu (sebagai AJK program).
So apa tujuan aku ambik kursus nie? Sesajer memain kot. Kang aku cakap nak tambah ilmu ke hapa, macam nak kawen betul lak.
Hari pertama. 27 Mac 2010
Pegi awal tapi tak de orang. Macam skema la pulak aku dengan Tie biler sampai Chanselori. Akak tu cakap datang pukul 7 pagi, tapi pukul 7.30 pagi tak nampak pun peserta. Yang aku pulak, tak tau kena naik lif kalau nak gi Dewan Senat. Haha. Dulu aku naik tangga. Tu jer la yang aku tahu. Aku dengan Tie la orang paling awal sampai sana. Dapat la makan bihun sepinggan. Hari tu, kenal dengan Dila, kawan Uyu (tak tau pun dia AJK gak, ingatkan peserta macam kitorang).
First ceramah best. Penceramah kerjanyer buat lawak ajer, sampai senak perut aku.
Ceramah yang lain kureng sikit. Sampai nak tertido pun ada. Tapi sebab ilmu, aku tahan la juga. Aku dah lama tak belajar agama. Asyik mengadap buku TESL jer, boring tol.
Akidah, ibadah, sumer dia cakap.
Last ceramah la paling menarik tapi bengong all at the same time. Penceramah tu memang pandai buat lawak tapi masalahnyer dia cakap pasal kesihatan dan hubungan kelamin. Masa tu la aku pike "Nasib baik aku gi Kursus Kawen nie skang, bukan dengan bakal suami atau tunang ke hapa, kalau tak, adoi, malu giler". Korang memang kena prepare mental korang untuk benda-benda nie, kalau tak, jangan pegi langsung. Seriously.
Tapi kan, yang tak leh blahnyer, ada sorang budak pompuan dalam lingkungan 9-10 tahun dalam Dewan tu, tengok sekali. I was like "pergh, brutal tol budak nie".
Yang paling aku tak suka part dia tunjuk video orang beranak. AARRRGGGHHH aku menangis bodowh. Memang macam sial la.
Satu jer yang aku tak tahan pasal kursus nie. Air cond dia rosak. Panas weeehhhh.
Tapi makanan sedap hehe.
Majlis hari tamat pada pukul 5.30 petang. Disambung esok hari.
Hari kedua. 28 Mac 2010
Hari nie, aku dengan Tie pi lambat sikit. Tak mo jadi macam semalam. Macam skema jer.
Air cond masih tak berfungsi. Nasib baik aku bawak kipas tangan aku. Berkipas ajer la sepanjang hari.
Kawan aku, Kak Sha dengan tunang dia kena nikah olok-olok untuk slot simulasi. Ceh. Bestnyer orang tu. Aku sekadar juru tangkap gambar sahaja hehe.
Aku perasan yang hampir sumer ustaz yang kasi ceramah buat lawak yang sama. Salah satunyer ialah "Hubungan kelamin antara suami isteri sunat dilakukan pada hari Isnin dan malam Jumaat. Hari lain? WAJIB"
Rupa-rupanyer diorang under satu guru daaa. Patut la.
Pada hari nie, aku banyak minum air. Tak de air cond punyer pasal la nie. Masa makan tengah hari ajer aku teguk air oren 3-4 kali. Tu pun tak cukup lagi. Nak ajer aku amik satu baldi.
Majlis hari nie tamat pada 3.3o petang.
Sebelum balik, peserta kena amik sijil. Acara ni la yang dinanti-nantikan. Ye la, tak sabo nak kawen, hehe. Gurau jer la.
Masa time aku amik aku punyer sijil, boleh pulak Ustaz yang kasi sijil kat aku tu tanya "Haa, biler nak kawen?" Aduih. Aku jawab "Lambat lagi, hehe"
Pas sumer sijil diberi kepada peserta, Uyu ajak amik gambar. Entah hapa-hapa, aku dengan Tie kena jadi jurukamera, pakai kamera sumer orang. Kamera aku, kamera Uyu, kamera Dila, kamera Ustaz pun ada. Sorang kena pegang dua kamera. Pergh. Mencabar betul.
Kamera aku dipenuhi dengan gambar Uyu sebagai model. Memang kemaruk ambik gambar betul dia nie. Nasib baik orangnyer lawa. Sejuk la juga mata memandang.
"Dalam banyak-banyak photographer, kamu la favourite Uyu. Nanti Uyu kawen, nak ambik kamu jadi photographer Uyu" dia cakap, secara bergurau kot.
Aku balas.
"Bayar dulu" Memang niat di hati. Aku tak pernah bergurau sebab aku suka amik gambar. Mungkin boleh buat bussiness sampingan kot. (ceh tak leh blah.)
A girl can dream ;)
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?