Best la pulak layan lagu dari bahasa yang kita tak paham. Aku selalu pike, kenapa la aku tak belajar bahasa nie masa kecik-kecik dulu. Yang aku tahu, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Bahasa Hindustan dengan Jepun tu tahu la certain perkataan, kalau buat ayat memang aku tak tau.
Rasa macam rugi lak aku tak isi masa dengan belajar bahasa lain. Aku dah dok kat UNISEL nak dekat 3 tahun. Rasanyer kalau aku isi masa lapang dengan bahasa lain mungkin aku dah tahu, paling tak pun, benda-benda basic.
Aku teringin nak belajar balik Bahasa Arab. Dulu aku sekolah agama, tak penah nak lulus. Hampeh tak. Masa tu memang tak leh nak ikut. Aku tak salahkan sesaper pun. Aku salahkan diri sendiri sebab tak come up with a better learning technique. Masuk UNISEL baru aku tahu aku cara pembelajaran yang sesuai untuk aku.
Tadi aku belajar la sikit Bahasa Arab dengan Mosute dalam keta on the way nak gi hotel tempat Umi buat soalan PTK. Mosute bukak lagu 'Osad Einy' oleh Amr Diab. Memang sedap giler lagu tu. Family aku memang suka lagu-lagu Arab nieh.
Mosute cakap la maksud lirik dia kat aku, alang-alang tak sampai lagi kat hotel tu. Dia cakap 'osad aini fi qul li makan' maksudnyer 'kamu di depan mataku, di semua tempat. Dia siap translate setiap perkataan lagi (ye la, dia penah amik paper Bahasa Arab untuk SPM).
Yang aku ingat, dari apa yang dia cakap:
Aini: Mata
Fi: Di
Makan: Tempat
Sekarang aku tahu cara apa yang sesuai untuk aku belajar bahasa. Dengan lagu. Sebab apa? Sebab senang nak ingat.
Dulu aku cakap aku belajar Bahasa Inggeris dengan cara tengok TV. Sekarang approach aku lain. Mungkin proses nie lebih slow disebabkan aku busy dengan keje, tapi insya-Allah, aku boleh.
Tapi of course, aku kena tengok buku juga. Dan aku perlukan seorang guru. Kerana belajar tanpa guru, kita belajar dengan syaitan.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?