Aku kena dok hotel dengan Umi dan Mosute dari hari Khamis hingga ke hari Sabtu.
Sebenarnyer Umi dah dok sana dari hari Isnin lagi. Kursus punyer pasal. Buat soalan PTK. Tak tau la apa kebenda PTK tu tapi yang bestnyer, satu soalan Umi dibayar RM30. Wah. Kalau 10 soalan dah RM300.
Tapi yang tak bestnyer setiap peserta dapat satu bilik sorang, maksudnyer tak kongsi dengan peserta lain. Punyer la top secret soalan tu sampai nak kena tido sorang-sorang. So Mosute decide nak keja dari hotel. Malam Jumaat kitorang gi sana, teman Umi. Alah macam la pihak hotel check pun. Macam la kitorang reti buat soalan, kalau nak tolong Umi pun :p
Yang bestnyer hotel tu ada air-cond. Yang lagi bestnyer bilik air dia ada air panas. Wawawawawa best giler ah. Rasa macam tak nak balik jer hari Sabtu tu haha.
Pas kitorang check-out pada hari Sabtu, aku dengan Umi terpisah dengan Mosute sebab dia ada kelas kat UTM. Kitorang gi lawat Mami sekeluarga kat Taman Melawati.
Umi nie kalau beli makanan, sebijik macam Abah beli makanan. Kena beli banyak-banyak. Nampak macam membazir tapi dah habit diorang macam tu. Nak buat macam mana.
Semuanyer makanan manis Kelantan. Sedap giler la. Memang feveret kami sekeluarga. Al-maklum asal pun dari Kelantan. Anak-anak yang jarang pegi Kelantan atau kenal negeri Kelantan pun suka. Macam aku. Hehe.
Sementara Umi gi sembahyang, aku dok berbual dengan Umi kat meja makan. Aku tanya banyak benda kat dia.
Memula tu aku tanya umur dia berapa tahun nie. Dia kata dia 60 tahun. 10 tahun lebih tua dari Abah. Abah tu dah macam anak dia sendiri walaupun sebenarnyer diorang adik-beradik. Mungkin sebab Abah tinggal dengan Mami sekeluarga dan pergi sekolah pun dekat-dekat situ. Mami jugak la orang yang bawak result SRP Abah tunjuk kat Kolej Islam. Memang macam seorang ibu daripada seorang Kakak.
Abah masa hidup memang rapat dengan Mami. Memang aku tahu dari kecik lagi. Masa dok JB dulu, bila ada kesempatan Abah bawak keluarga kita pi lawat dia kat Melawati. Boleh kata selalu sangat.
Buah tangan mesti ada walaupun Mami kata jangan beli lagi, membazir.
Aku dapat tahu Abah beli lebih dari sekadar buah tangan. Almari buruk kat luar rumah Mami tu hadiah arwah kepada dia. Boleh kata banyak la benda yang sebenarnyer Abah yang beli, bukan Mami atau ahli keluarga dia. Abah betul-betul sayangkan kakak dia yang seorang nie.
Pastu Mami puji jubah yang aku pakai hari tu. Aku cakap kat dia nie pun pinjam Mosute punyer sebab tak de baju yang lain. Dia kata aku nampak slim jer. Selalunyer dia tengok aku asyik pakai baju kurung jer. Especially time hari raya. Baju kurung, baju kurung, baju kurung. Bukan aku tak nak pakai benda lain tapi itu jer la yang mak aku beli. Nak buat macam mana. Kang aku tak pakai, kang bogel lak kan.
Dia kata aku nampak tinggi kalau pakai jubah. Bila masa lak aku tinggi adeh. Mami nie biar betul. Tetiba dia nak bagi jubah dia kat aku. Aku cakap tak payah la, memang nak tempah pun. Dia cakap tak yah tempah, biar Mami belikan. Aduih. Serba salah tol.
Tapi yang baginyer mak sedara aku.
Dia pun naik atas dan ambik satu jubah warna kuning dan masukkan dalam plastik dan bagi kat aku. Aku rasa terharu sangat. Aku rasa memang adik-beradik Abah jenis pemurah. Abah pemurah, Mami pemurah dan seterusnya.
Walaupun Mami kata jubah tu dah lama, ia masih nampak baru pada aku. Aku akan jaga baju jubah nie, Mami. Sebagaimana Mami jaga barang-barang hadiah dari arwah Abah. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?