Heran, selepas keputusan asrama yang kali ke-3 keluar, ramai call aku offer rumah sewa yang diorang dah bayar. Mentang-mentang la diorang dapat hostel tuh. Geram giler. Tapi tak pe la.
Memula tu aku ingat nak dok umah yang Farah sewa kat kampung sebelah.
Tetiba lak ada kekeliruan biler sorang lagi kawan aku nama Farah offer umah sewa dia. Aku ingatkan orang yang sama. Aku heran la kenapa tetiba lak rumah sewa dia tu kat Taman Ilmu.
Nasib baik gak aku tanya siapa dia. Rupanyer Wan Farah. Aku tak kenal sebab dia tak cakap bahasa Kelantan kat telefon. Haha pandai gak dia cakap bahasa biasa. Aku tak terima offer dia sebab ada non-muslim sewa sana.
Pastu kawan Wawa lak offer umah sewa dia. Aku tanya secara detail. Yang penting tentang penghuni dia, muslim ke tidak. Alhamdullillah sumer muslim. So aku pun tolak offer rumah sewa Farah yang pertama. Banyak kali juga aku mintak maaf kat dia.
So kenapa tetiba aku tukar fikiran? Aku pike apa tau, keselamatan. Aku tahu tak de kedai kat Taman Ilmu, tapi at least aku dekat dengan classmate aku. Apa-apa jadi senang la.
Lagipun senang nak memandu dari Taman Ilmu tu, sebab dia straight jer, tak perlu belok macam kampung sebelah.
Aku akan pegi tengok rumah Taman Ilmu tu esok. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?