Wednesday, August 25, 2010

Baik aku gi Tarawih, lagi bagus.

Malam nie malam yang paling mendebarkan dalam hidup aku duduk kat UNISEL sejak tahun 2007. Okay, tak de la teruk sangat, tapi kalau korang berada dalam situasi aku, apa akan korang buat?

So aku nak taip citer nie dalam blog aku supaya aku boleh renung balik pengalaman aku yang gila-gila yang tak berapa gila tapi agak menakutkan. Ahaks.

Ceritanyer macam nie, ada la sorang geng aku ajak gi makan kat luar UNISEL sebab dah boring dengan makanan kat bazar. Aku dengan geng lain okay ajer sebab kitorang pun boring menu sama jer tiap kali Ramadhan. So lepas sembahyang Maghrib, aku gi la amik kawan-kawan pi satu restoren nie. Dah order air dengan makanan hapa sumer, tetiba housemate aku call. Boyfriend dia punyer motor rosak la pulak. Geng aku cakap tak payah tolong sebab sorang kat hulu, sorang ke hilir, berapa kali nak ulang-alik. Tapi sebab aku nie seorang yang keras kepala, aku pegi gak amik housemate aku tu.

Al-kisahnyer bermula apabila kitorang nak beli minyak kat satu stesen minyak nie. Bila aku gerak keta aku, aku dengar bunyi 'pop'. Aku ingat aku langgar benda biasa jer so aku buat bodo la kan. Pas housemate aku isi minyak dalam botol mineral, aku gerak keta. Time tu aku perasan kereta wobbly semacam. Naik atas naik bawah. Masa tu memang dah tak sedap hati. So aku berhentikan kereta dekat kuil sebelah stesen minyak tu.

Aku check tayar. Benda yang paling aku takuti memang betul-betul terjadi. Tayar depan pancit. Masa tu memang mengucap la. Masa tu pike "Apasal la aku yang kena, apasal waktu nie mesti kena, kenapa sekarang, Ya Allah" Panik, memang panik. Housemate aku yang tenangkan aku. Otak memang dah blank dah, tak pike pasal tayar spare kat dalam bonet.

Masa nie la aku tertanya-tanya, apa yang menyebabkan tayar aku pancit. Housemate aku cakap mungkin ada paku sesat kat stesen minyak. Tapi tak tau la kan. Kalau betul la memang paku tu dari stesen minyak tu, sah, aku saman kedai tu. Geram tol.

First thing aku buat ialah call classmate lelaki aku yang aku percaya. Nak buat macam mana, kelas kitorang percaya kat dia sorang jer hehe. Nasib baik dia leh tolong.

So sementara menunggu dia datang, aku dengan housemate aku tunggu la dalam kereta. Pastu geng aku yang aku tinggalkan kat restoren tadi call. Menangis la aku sebab aku tak dengar cakap diorang tadi. Memang menyesal gila-gila la. Tapi kan, kalau aku tak tolong housemate aku tu, saper lagi yang nak tolong dia tengah malam buta nie, nak tunggu housemate lain, entah hilang ke mana diorang entah. Entah balik ke tidak. Sempat lagi pike "Kalau jadi apa-apa kat geng aku kang, bukan salah kereta aku, tapi aku sebagai driver sebab bawak diorang keluar dari kawasan UNISEL malam-malam nie" Memang emotional giler la. Geng aku lak leh gelak. Terajang kang. Aku tinggalkan diorang kat restoren tu kang baru tau. Aku tengah tension boleh lak diorang buat lawak bongok.

Selepas setengah jam, baru classmate lelaki tu datang, bawak 'assistant' haha. Tak de lah, diorang sumer satu kelas dengan aku gak.

Aku tahu aku leh tukar tayar tu sendiri tapi sebab kena isi angin dulu dalam tayar spare tu, so aku biarkan diorang buatkan. Mula-mula tu diorang gi kat Shell, tempat tayar aku pancit, tak de tempat nak isi angin. Pastu diorang gi Esso, sebab one of the guys dengan confidentnyer cakap ada. Turns out, memang takde so diorang pegi la Petronas yang jauh nun di Ijok.

Dah dekat abis proses menukar tayar, tetiba lak ada sorang pak cik India datang out of no where tanya somethings about the tire. Pastu, yang tak leh blahnyer, dia gi cakap pasal UMNO la, PKR la, hapa la. Main politik la pulak pak cik nie.

Housemate aku dah takut dah. Dia suruh aku masuk kereta cepat-cepat, kot-kot pak cik tu buat apa-apa ke. Aku cepat-cepat cakap terima kasih kat kawan-kawan lelaki aku tu dan mintak izin untuk belah dulu sebab takut kat pak cik tu.

So aku pun drive cepat-cepat, nak larikan dari pak cik tu. Haha.

Aku gi amik geng aku kat restoren tadi. Diorang dah bungkus air dengan makanan aku tadi. Entah berapa kali aku dengan housemate aku cakap mintak maaf kat diorang pun aku tak tau la. Dah lost count. Tak jemu aku ulang, macam pemain video. Replay, replay, replay. Memang rasa bersalaha dengan diorang. Dah la sorang ada kelas taekwondo, lewat la nak sampai. Kesian lak dia. Aku la punca utamanyer. Kan? Kan? Kan?

So anyway, kitorang sampai la ke Petronas di mana boyfriend housemate aku berada. Berkenan lak kat skuter dia. Cool giler. Teringin lak nak try skuter pas nie. Tapi tak de lesen motor. Boleh ke?

Housemate aku suruh aku balik, hantar kawan aku gi kelas Taekwondo, sebab sorang lagi housemate akan datang bawak personal mechanic (pak we dia mechanic ler). So aku tinggalkan dia kat situ dengan boyfriend dia dan bawak balik geng aku gi balik asrama.

Memang kena kaw-kaw dengan geng aku. Hampeh.

Pas hantar geng aku balik, aku balik ke Taman Ilmu dan lalu depan rumah geng aku yang lagi satu. Diorang ajak aku main mercun dengan diorang. Aku ikut jer la. Tapi aku tak berani pegang lighter dengan mercun tu, takut apa-apa jadi kan. Kebetulan lak malam tu birthday salah sorang daripada geng tu. So main mercun gila-gila la. Pastu aku nampak arnab dalam rumah diorang. Wah birthday girl beli sendiri arnab tu.

Aku mintak izin nak balik rumah sebab aku tak sempat nak makan makanan restoren tadi. Aku panaskan balik kue tiaw kung fu tu dan tengok Supernatural kat TV.

It was a very long night.

p.s: Aku tengah pike macam mana nak balas budi kawan-kawan lelaki yang tolong aku tukar tayar tu. Nak kasi makanan ke, nak kasi duit ke, apa ek.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...