Sunday, January 23, 2011

TESL Night - Arabian Night

Basically everything Arabian lah. Makanannyer, pakaiannyer (yang teramat seksi dan aku heran kenapa JAWI tak tangkap kitorang malam tu), tariannyer (yang cukup kuat untuk menjatuhkan iman seorang tok imam) dan pelbagai lagi.

Satu jer yang aku suka paling malam nie ialah biler dapat berjumpa classmates (padahal baru satu minggu berpisah lol). Aku dapat jumpa Uyu, Wawa, Ayie, Kesum, Fara, Sherina, Mimi, Sarah, Tasha, Yumni, Mira, Widad, Nana, Ida dan ramai lagi yang aku tak berapa nak ingat skang nie.

Best la juga, bukan tak best langsung. Cuma, ye la, part sexy - mexy tu jer aku tak berapa nak berkenan. Tahu la TESL, tapi tak de maknanyer nak tiru gaya tak elok. Macam la Arabian nie tahu belly dance jer. Padahal ada jer acara Arabian yang lebih baik dari nie.

Memang aku tak pernah setuju dari awal lagi. Merosakkan imej TESL tol la bebudak nie. Dah la jumpa budak fakulti lain sekali. Malu la sikit. Kang sumer budak TESL dapat label tak elok.

Nak-nak pulak diorang menari belly dance depan Dean Fakulti yang berpakaian macam Pak Haji baru balik Mekah. Pergh. Bawak isteri sekali tu haaa.

Aku tak tau la nak cakap apa lagi.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...