Saturday, August 6, 2011

Sabtu Yang Biasa.

Pada suatu Sabtu yang indah ini, cik Iman berpeluang untuk pergi ke kelas Bahasa Arab di KUIS. Sepatutnyer kelas nie start minggu lepas, tapi entah kenapa, ditangguh ke minggu nie.

Cik Iman asalnyer nak amik kelas Graphic Design, tapi tak de sambutan so Cik Iman diberi pilihan sama ada Cik Iman nak refund balik duit yuran atau tukar course lain. Arakian sekaliannyer, Cik Iman kena la berbincang dengan yang amat berhormat ibunda pasal nie. Mula-mula tu dia suh Cik Iman buat pilihan sendiri. Kali ke-dua Cik Iman tanya lagi di lain masa, dia suh amik Bahasa Arab. So Cik Iman pun amik la Bahasa Arab.

Cik Iman tau Cik Iman dah tua bangka nak belajar lagi, tapi tak kisah la kan. Tua, tua juga, ilmu kena cari, kena belajar juga. Proses pembelajaran tak kan berhenti, ye dak? Adik-adik Cik Iman dah belajar Bahasa Arab, Cik Iman sorang jer yang sesat tah kemana entah.

Cik Iman kena upah tour guide yang berjaya untuk tunjukkan jalan ke Tol Kajang. Sape dia? Mak sedara Cik Iman yang cantik molek indah manis ler, sape lagi.

Pas sampai Tol Kajang terus pi Bandar Putra Mahkota dan terus ke KUIS. Sampai sana, Cik Iman tanya pak guard mana nak amik pas masuk, dia kata amik kat pondok dia jer so Cik Iman pun park la keta dan pegi pondok guard. Check punyer check, tak de nama. Nie mesti kes dia tak update nama Cik Iman yang best giler nie. So pak guard tu pun suh la Cik Iman pi tanya opis. Cik Iman pi la opis. Dia cakap suh cakap kat pak guard suh call dia kalau dia ragu-ragu gak. Cik Iman malas la nak pi pondok tu balik kan so Cik Iman pi la kelas sambil menjinjing fail warna pink Cik Iman dan buku teks Bahasa Arab yang diberi oleh orang opis tu.

Cik Iman tidak berjaya mencari kelas yang maha sakti itu. Orang opis tu kata belok kiri, Cik Iman belok kanan. Patut la tak jumpa. Alamat yang diberi adalah BT 1113. Ingat tu. Nombor keramat la katakan.

Akhirnyer jumpa la juga bilik hikmah selepas pusing tempat sama berkali-kali, kot-kot la salah tengok ke, mana tau kan. Masa sampai tu, ada la dalam 3 orang pelajar perempuan yang dah duduk. Cik Iman duduk kat sebelah salah seorang daripada diorang. Nak ajer berkenalan tapi dia macam tak nak bercakap jer. Tak pe la, hari pertama kan. Baru lagi. Macam tak leh jumpa lain kali lak.

Pas sorang lagi pelajar perempuan masuk, ustaz pun tiba.

Ustaz nie boleh la. Dah lama tak masuk kelas, otak dah berkarat giler. Slow gak nak catch up. So kena brush up balik listening skill. Selama nie dok depan laptop ja, skang kena tumpukan perhatian kat kelas nie lak. Itu pun seminggu sekali jer pi kelas Arab nieh.

First class tu, ustaz tu ajar benda yang paling basic, budak tadika pun leh hapal.

Ana (saya) Iman Insyirah.
Ismi (nama saya) Iman Insyirah.
Ana min (saya dari) Selangoriyyun. Anta/anti? (Awak? Lelaki/Perempuan)

Terbelit lidah Cik Iman biler nak sebut nama negeri dalam Bahasa Arab. Lain giler weh.

Selepas sesi berkenalan, ustaz suh buka buku teks yang diberi dan sama-sama baca bahagian Ta'aruf (Perkenalan)

a: Assalamualaikum warahmatullah. Masa al khair! (Selamat petang)
b: Waalaikumsalam warahmatullah. Masa unnur! (Selamat petang, sama jer)

a: Kaifa haluka (lelaki)/kaifa haluki (perempuan)? (Apa khabar)
b: Ana bikhair (Saya baik) Alhamdullillah.

a: Masmuka (lelaki)?/Masmuki (perempuan)? (Siapa nama awak?)
b: Ismi __________ (Nama saya _______)

a: Min aina anta (lelaki)?/min aina anti (perempuan)? (Awak dari mana?)
b: Ana min ________ (Saya dari _________)

Ini hanyalah sebahagian ayat-ayat keramat yang Cik Iman kena amalkan dan buat pekasam sebab ustaz nak test kitorang dalam kelas seterusnyer. Entah boleh terima ke tidak otak Cik Iman yang dah tua nie.

Mati la Cik Iman nak menghafal nie haaa.

Pastu ustaz tu suh kita tulis balik sumer huruf jawi yang ada dalam buku tu. Bila Cik Iman try tulis balik, tak berapa cantik la kan. Ustaz suh salin balik ayat-ayat dalam buku tu sebagai homework. Okay. Cik Iman okay jer haha. Entah buat ke tidak. Biasa la kan, dari zaman sekolah sampai zaman universiti, macam nie la perangai Cik Iman. Homework tak penah siap.

Kelas habis dalam pukul 12 tengah hari gitu. Cik Iman pi la pondok pak guard tu nak tanya pasal Pass. Dianyer blur, suh Cik Iman pi opis balik. Cik Iman pun blur gak so Cik Iman gi la pusing keta pastu jumpa balik pak guard tu. Pak guard tu mintak maap pastu suh Cik Iman berhenti keta dekat dengan pondok tu dan bagi pass tu. Adeh. Dugaan, dugaan. Sabo jer la, pak cik. Bulan puasa, biasa la. Otak dah tak berfungsi dengan betul hari nie.

On the way nak balik, Cik Iman sesat sampai Seremban. Terpaksa la pusing balik. Time nie dah mengantuk giler. Kalau Cik Iman tak control, mungkin Cik Iman dah terbabas masuk longkang sudeyh.

Kita fast-forward ke malam 7 Ramadhan. Macam biasa la, Cik Iman pi masjid feveret bonda kesayangan. Kali nie mak sedara Cik Iman yang comel lote berjaya menghadirkan diri ke masjid selepas beberapa hari mengibarkan bendera merah. Malam nie panas giler sebab air-cond rosak, so memang tak khusyuk la semayang. Yang herannyer, mak sedara Cik Iman kata dia sejuk giler, kalau boleh nak ajer bawak sweater. Yang bonda lak kata panas giler. Padahal dua orang nie adik beradik. Adeh. Mak sedara demam. Tu yang dia rasa sejuk semacam tu.

Tapi yang lagi menghairankan, dia boleh lak makan ais krim pas tu. Apekah.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...