Cik Iman sebenarnyer tak merasa mood raya tahun nie. Mungkin sebab kita dah tua dan ada banyak lagi problem yang Cik Iman nak fikir.
Orang lain dok fikir nak beli baju baru, kasut baru, langsir baru, sofa baru segala. Cik Iman fikir baju tahun-tahun lepas elok jer lagi, buat apa nak beli yang baru. Bukannyer sedara kita nak tanya "eh ni macam baju tahun lepas jer". Sure diorang tak ingatnyer sebab diorang sebok tayang baju diorang yang glemer dan bersinar di bawah matahari. Ada Cik Iman heran? Adik Cik Iman lak sebok komen baju tak matching dengan warna tudung. Mak Cik Iman, kalau dia dengar nie, memang kena sedas. Ibunda Cik Iman, asalkan tutup aurat, walaupun kaler entah hapa-hapa, dia okay jer.
Duit raya? Jangan cakap la. Dah besar panjang nie tok sah nak mimpi la dapat RM1 pun. Pasrah la kan.
Tiap kali Cik Iman dengar lagu raya, tak de rasa syahdu langsung. Macam bodoh jer lagu-lagu raya nie. Kot ye pun dah lama tak jumpa mak bapak, takkan la tak leh nak call time lain. Takkan nak tunggu raya baru jumpa. Entah hapa-hapa. Nie zaman teknologi weh. Mak Cik Iman pun pandai bervideo chat dengan anak lelaki dia kat Mesir. Inikan pulak yang dok kat Malaysia lagi. Adoi.
Cik Iman betul-betul tak berkenan dengan cara orang Malaysia sambut hari raya. Kalau boleh nak seminggu, atau sebulan. Orang Arab sehari jer raya pastu buat keje macam biasa la kan. Orang Arab takdenyer hidang biskut bertan-tan. Diorang hidang air kopi jer. Kan senang. Ini tak. Time nie la nasi himpit nak masak, nak buat rendang, sate, air satu tong, kacang-kacang, dan yang sama waktu dengannyer. Macam mana anak-anak tak kurus? Macam mana kita tak membazir? Macam nie la.
Cik Iman nak selama-lamanyer bulan Ramadhan. Rasa macam tak cukup lagi amalan yang sedia ada nie.
Moga kita bertemu lagi di tahun hadapan, wahai Ramadhan.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?