Tanggal 15 haribulan Oktober tahun 2011, Cik Iman selamat ditabalkan menjadi graduan dan ahli alumni secara rasmi.
Dan Cik Iman lakukan semua nie dengan mengorbankan satu kelas Bahasa Arab yang Cik Iman sepatutnya hadir setiap hari Sabtu. Sedih giler.
Pukul 3 suku pagi dah kena bangun, tapi Cik Iman terlampau la mengantuk so Cik Iman sambung balik tido. Pastu alarm handphone lak melalak menjerit suh bangun pada pukul 4. Cik Iman yang masih lagi mabuk terus shut off handphone tu dan sambung balik tido. Setengah jam kemudian, yang amat berhormat ibunda pulak marah sebab Cik Iman tido lagi bila mana sepatutnya Cik Iman dah bersiap. Cik Iman dengan malasnya pi la mandi dan bersiap. Dalam pukul 5, kitorang pun bertolak la ke universiti. Tapi stop sebentar untuk solat Subuh.
Sampai dewan dalam pukul 7. Tu pun dah ramai orang dah kat tempat parking. Dah start tension dan nervous, semuanya ada. Cik Iman pun pi la daftar diri, masa nie belum ramai lagi, nasib baik. Kalau lambat, memang kena beratur panjang-panjang alamatnya.
Sebelum tetamu masuk dewan, sempat la Cik Iman jumpa ex-classmates ready dalam jubah diorang. Macam tak sabar nak pi naik stage gamaknya.
Dalam pukul 8, tetamu dah masuk dan graduan kena beratur ikut fakulti. Time nie kelam-kabut sebab sorang kawan Cik Iman pi tandas dan barisan lak dah bertukar-tukar so kitorang risau dia tak nampak kitorang kat mana. Nasib baik dia sempat masuk barisan.
Masuk jer dewan, terus pi duduk. Tak de benda yang menarik pun time nie, just upacara ketibaan VIP dan pembawaan keris putih yang besar tu. Pastu, macam biasa la kan, nyanyi lagu, baca doa, ucapan VIP dan sebagainya. Time nie memang mengantuk giler ah.
Time dia suh graduan beratur untuk naik stage tu la yang paling cuak.
Cik Iman pun tak berapa ingat macam mana Cik Iman leh naik stage tu padahal kaki dah menggigil bagai nak rak. Balik jer kerusi tempat duduk, Cik Iman menangis sebab nervous giler.
Lepas habis sesi pemberiaan skrol, adalah anugerah untuk best student dan beberapa ucapan lagi. Sebelum acara penutupan, kitorang nyanyi lagu rasmi universiti, tapi Cik Iman tak hafal pun lagi. Setakat miming mulut jer haha.
Keluar jer dewan, Cik Iman pun cari la mak dan mak sedara yang sedia menanti kat luar, walaupun terpaksa berenang dalam lautan manusia yang sibuk dengan kamera dan bunga diorang. Macam dah tak de tempat lain nak tunggu orang la diorang nie.
Pas sesi bergambar dengan family dan best friends Cik Iman, ada la pulak sesi bergambar dengan satu kelas tapi itu pun tak sempat. Cik Iman tak kisah sangat pun. Dapat bergambar dengan beberapa orang pun Cik Iman rasa bersyukur.
Walaubagaimanapun, Cik Iman hampir pengsan time nak hantar jubah. Disebabkan Cik Iman tak jumpa borang finance, Cik Iman pi balik kat tempat mak dan mak sedara Cik Iman tunggu dan Cik Iman berjaya menghabiskan satu gelas plastik air soya dalam 1 minit disebabkan keadaaan Cik Iman yang agak kronik. Entah bagaimana, mak Cik Iman yang jumpa borang tu dalam fail. Apa ilmu dia pakai pun Cik Iman tak tau. Disebabkan Cik Iman dah tak leh bangun, mak sedara volunteer pi amik sijil graduate Cik Iman. Mak Cik Iman lak pi amik kereta.
On the way balik, kitorang singgah kat tempat rehat PLUS dan tido kat surau sana selama 2 jam. Pergh, memang penat giler. Pas tido memang hilang la segala penat pengsan tadi, tapi kaki tetap sakit. Mungkin kena minum banyak susu pasnie.
Kitorang singgah jejantas Sungai Buloh sebab mak Cik Iman nak kuarkan duit untuk bayar minyak kereta. Sambil-sambil tu, kitorang pi la makan sekali. Pastu baru isi minyak dalam kereta.
Sebelum sampai rumah, kitorang pi jenguk-jenguk rumah kat Kajang tu. Aku pun dah lama tak tengok, ada la perubahan.
Kitorang kuar pukul 5 pagi, balik pukul 7 malam gitu. Giler tol.
Baik Cik Iman gi kelas Bahasa Arab jer, lagi bagus.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?