Pukul 7.30 pagi, Cik Iman dah start enjin keta Jigsaw dan pegi kelas Bahasa Arab tapi lambat gak sampai kelas sebab Cik Iman berhenti jap kat stesen minyak sebab nak beli susu sebab gastrik Cik Iman mula meragam time gini. Tapi stesen minyak tu buat hal la pulak so mesin register tak leh guna. Cik Iman dan seorang pelanggan terpaksa tunggu sampai sumernyer setel. Sabo jer la kan.
Tapi biler masuk kelas, ustaz tengah berceramah la pulak kan. So kira masuk lambat pun dia belum start mengajar lagi pun. Hari nie tak de la rasa mengantuk sangat berbanding sebelum, boleh tahan la.
Biler time balik, Cik Iman gi makan kat McD ahaks, kempunan nak makan GCB punyer pasal. Tetiba lak adik Cik Iman call pak sedara dengan bini dia datang melawat, nak gi makan luar. Cik Iman lak tengah makan. Adeh. Cik Iman cakap nanti Cik Iman balik. Tapi Cik Iman sempat melencong ke kedai buku MPH sebab nak beli buku nak buat diari. Al-kisahnyer Cik Iman terpikat dengan satu buku tulis nie, cover memang cantik so Cik Iman beli la buku tu dan balik.
Sampai umah, diorang ajak pi kedai sorang sepupu Cik Iman nie yang dia buat dengan bini dia. Cik Iman dah letih tahap gaban dah time nie tapi entah kenapa Cik Iman nak ikut gak. Sampai sana, sumer orang makan tapi Cik Iman tengok sumer tu memang tak de selera jer. Rasa macam nak pengsan jer kat meja tu terus.
Abis makan, mak sedara Cik Iman nak hantar sepupu Cik Iman yang lagi sorang nie pi KTM. Dia suh Cik Iman ikut. Cik Iman pasrah jer la walaupun dah mengantuk giler giler punyer giler. Dah hantar dia gi KTM, kitorang pun balik la umah. Cik Iman pun pengsan la.
Malamnyer pulak, pengerusi MedicMesir buat kenduri kawen untuk anak dia. Dia ajak la student dentist pi makan. Disebabkan ia berlangsung di Country Height, satu umah nak pi semata-mata nak tengok umah mewah-mewah kat situ. Best giler tengok umah dalam Country Height tu, kalah The Sims. Setiap kali lalu depan umah mewah, Cik Iman dengan mak sedara mesti sebut "WOOOOOOOOOOO" tanda kagum yang melampau.
Umah Pengerusi dia ajer dah 3 tingkat. Lampu lip lap lip lap.
Disebabkan kitorang bawak Tok Mi, Umi kena letak keta dekat dengan tempat kenduri walaupun dah penuh dengan lautan manusia. Percaya la, kalau nak bandingkan dengan pasar malam, tempat nie lagi sesak. Anak orang kaya la katakan.
So apa yang Umi buat? Dia pi letak keta tengah jalan. Adoi la.
Tapi kita pedulik hapa kan. Kita masuk pastu makan. Habis citer. Time makan tu la dia pi main mercun warna-warni. Susah nak tumpukan perhatian kat makanan biler bunyi bunyi api tu kuat giler. Makan jer la kan.
Tapi yang tak bestnyer biler host sebut nombor keta dan suh alih keta sebab mengganggu jalan. Jeng jeng jeng. Makan dah makan dah kan so umi pi la alih. Yang lain sorong kerusi roda Tok Mi ke kereta umi dan balik terus. Sayang tak sempat nak merasa ais krim dari lori ais krim (engkaaauuuu, dia sewa lori ais krim, jangan tak tau), cendol lagi, apa lagi. Pergh.
Yang bestnyer, instead of bunga telur, diorang bagi telekung untuk perempuan dan kain pelikat cap gajah untuk lelaki. Tetiba lak Cik Iman ada telekung baru. Macam tau-tau jer hehe.
Murah rezeki betul Pengerusi dia nie ya.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?