Wednesday, December 14, 2011

Cik Iman Sudah Jatuh Cinta.

Siapakah gerangan yang berjaya menebuk hati Cik Iman yang selama ini keras dan tak pernah-pernah lembut walaupun disirami air bunga? Dan bagaimanakan ia berlaku? Adakah ini kesudahan yang indah buat Cik Indah akhirnya?

Eh eh, cepat la Cik Iman, buat intro bukan main panjang. Straight to the point la, nak belok-belok lak. Ingat nak tunjuk jalan ke Batang Berjuntai ke hapa, nak gi Taman Arnab.

Suka hati Cik Iman la. Orang nak kasi suspen kot.

Jeng jeng jeng!

Hah? Cik Iman biar betul?? Tu kan pokok kaktus? Cik Iman nie betul angau la. Betul la orang cakap cinta tu buta.

Ada pulak. Cik Iman tak buta lagi la. Mata Cik Iman belum kena cucuk dek duri kaktus lagi, jangan risau. Cik Iman sihat walafiat lagi nieh.
Ya ... akhirnya Cik Iman dah jatuh cinta pandang pertama pada pokok-pokok kaktus yang comel lote nie.
Dalam dok cari gambar mini kaktus kat dalam Internet, Cik Iman terjumpa lak bekas letak kaktus yang sangat kecil yang boleh dibuat keychain. Banyak sangat gambar-gambar nie jumpa kat website Spanish. Adeh. Tapi Cik Iman ada la jenguk-jenguk review dan komen dari beberapa web peribadi tentang mini kaktus nie. Tak susah pun.



Kecik jer. Comel kan? Senang nak bawak lak tu. Bukannyer perlu siram selalu kalau saiz dia kecik nie. Sebulan sekali sahaja kalau nak siram, kalau terlebih nanti dia mati lak.

Cik Iman teringin sangat nak bela kaktus. Kalau boleh, nak yang dalam keychain. Sebab boleh bawak mana-mana. Cik Iman jenis tak suka tinggalkan dalam pasu dok terperap kat tepi tingkap. Bukan kita ingat pun. Last-last mati. Innalillah.

Tapi Cik Iman tak kisah pun kalau dapat yang dalam pasu. Kalau dalam pasu, nak yang colourful sikit. Tak mo yang warna coklat jer, boring.


Kempunannyer Cik Iman oi.

Gambar sekadar hiasan jer hehe Bukannyer Cik Iman ada pun.

Saje nak menyemakkan blog Cik Iman dengan gambar-gambar comel yang Cik Iman jumpa kat Internet.
So kenapa Cik Iman belum beli lagi kaktus tu?

Cik Iman sebenarnya tak dapat cari kaktus yang Cik Iman nak. Cik Iman ada berkenan dengan satu spesis nie, cantik sangat. Tapi tak ingat nama saintifik dia. Ada la dalam buku koleksi nama-nama pokok kat almari buku Cik Iman yang Cik Iman beli kat KLCC pastu dok terperuk kat tepi buku-buku. Entah bila la Cik Iman nak baca buku tu balik.

Tak pe, tak pe, satu hari nanti, korang akan nampak Cik Iman bawak kaktus Cik Iman gi jenjalan, macam pegang anak kucing wawawawa

Orang bawak kucing jenjalan, dia pi bawak kaktus lak. Gilo apo.

UPDATE: Cik Iman baru jer jumpa plant yang Cik Iman nak tu. Dia bukan spesis kaktus, tapi sifat dia sama dengan kaktus.

Nama scientific dia ialah Sedum Sexangulare, nama biasa dia kalau orang putih panggil Tasteless Stonecrop, dalam Bahasa Melayu tak tau la.

UPDATE KEDUA: Cik Iman jumpa lagi satu spesis plant yang sangat menarik. Nama saintifiknya ialah Haworthia cooperi var. truncata. Cik Iman suka plant nie sebab sifat lutsinar kat bahagian hujung daun dia.


Cantik kan? Macam belon pun ada. Suka sesangat.


Tapi kalau Cik Iman tak jumpa yang nie pun, Cik Iman suka kaktus yang berduri. Nak nak lak kalau yang ada bunga. Comel jer.

Ahaks.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...