Cik Iman log in ke Facebook Cik Iman pagi tadi dan salah seorang lecturer Cik Iman memberitakan perihal seorang pelajar Fakulti Pendidikan membunuh diri di asrama.
Sedih tu sedih la juga. Tapi ada satu benda jer yang menyebabkan Cik Iman rasa tak senang.
Gambar pelajar tu tergantung kat dalam bilik asrama tu dah tersebar meluas. Cik Iman dah tengok dah. Seram giler. Nak-nak lak mayat tu dah 4 hari kat dalam bilik tu. Nasib baik dia post gambar dia dari belakang, bukannyer gambar muka dia ke hapa. Kalau nampak muka dia, tak tau la Cik Iman leh tido ke tidak malam nie.
Kot ye pun dah ambik gambar, jangan ler sebar kat tempat lain. Simpan la buat kenangan peribadi ke hapa. Yang nak pi kongsi-kongsi lak, pehal. Tak kesian ke kat family dia? Tak cukup lagi penderitaan diorang selepas dapat tau pasal anak diorang yang dah tak bernyawa lagi.
Dah la bunuh diri sebab putus cinta. Baru daftar masuk pulak tu. Budak semester satu. Adoi la.
Cik Iman bukan tak pernah dengar benda-benda macam nie kat universiti dulu. Ada satu time tu ustazah kena handle sorang student beranak kat asrama. Lagi haru. Budak tu ponteng kelas sepanjang semester tu sebab tak mau orang lain tahu pasal kandungan dia yang makin membesar tu. Dah last minute, kena la panggil ustazah tu nak kena handle delivery sebab hospital yang paling dekat pun kena driva berjam-jam.
Hey, macam-macam.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?