Kenapa ya, dalam blog nie, Cik Iman pakai Bahasa Melayu dan ayat-ayat Cik Iman teramat la skema macam budak sekolah darjah satu baru nak belajar menulis karangan ye, Cik Iman? Padahal Cik Iman lebih cenderung kepada Bahasa Inggeris?
Sebab Cik Iman cenderung pada Bahasa Inggeris la Cik Iman pakai Bahasa Melayu kat dalam blog Cik Iman. Ada la masa Cik Iman tercampur bahasa disebabkan tak banyak perkataan Bahasa Melayu yang Cik Iman kenal sangat. Kadang-kadang tak terlintas kat dalam otak pun perkataan tu jadi terpaksa guna Bahasa Inggeris.
Family Cik Iman selalu gak tegur cara Cik Iman guna Bahasa Melayu dalam kehidupan sebenar. Cik Iman lak jenis translate dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, selalunya la. Padahal orang lain cakap Bahasa Melayu semulajadi je. Kes apa entah Cik Iman nie. So banyak la tatabahasa Bahasa Melayu yang Cik Iman dah guna tapi tak tau betul ke tidak.
Sah, Cik Iman kena masuk tadika balik.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?