Friday, December 23, 2011

2012: List of Things To Do.

Kira azam tahun baru la nie kan. Setiap tahun, fikir apa yang nak dibuat sebelum tahun tu menjelma.

Tapi senarai yang tahun lepas pun tak terbuat-buat haha ... Eh jap, tahun lepas tak buat, tahun sebelum tu jer yang ada buat. Kat mana ek ... aaa dah jumpa! Nie ditaip pada tahun 2009. Kenapa tak buat untuk tahun 2011? Tak terfikir kot. Ye la, busy kat universiti (ek eleh Cik Iman, macam kitorang tak tau Cik Iman dok online jap 24 jam)

Okay, kita pegi terus kepada senarai Tahun Baru Cik Iman yang tak berapa nak panjang nieh.

1. Kuruskan badan.

Kalau korang perasan, yang nie pun ada kat dalam senarai yang Cik Iman buat tahun 2009 tu haha. Tak pernah nak berubah. Tak kan berubah dari senarai sebab Cik Iman tak pernah berjaya menguruskan badan sebab Cik Iman memang susah nak berdisiplin bila bab makan-makan nie. Asal sedap jer, makan. Asal manis jer, makan. Asal lapar jer, makan. Asal bosan jer, makan.

Cik Iman nie lak jenis makan benda bergoreng jer lebih, tapi sekarang gigi Cik Iman dah tak berapa kuat so nak kunyah ayam pun susah. So most of the time, Cik Iman pilih bubur atau sup. Ye la, benda-benda yang lembut. Baik untuk gigi dan baik untuk kulit dalam perut Cik Iman yang kian menipis nie disebabkan selalu minum air gas jer setiap hari. (Suatu masa dulu la, time dok universiti dulu. Bila tension jer mesti teguk Coca-Cola satu botol satu hari suntuk. Gilo tak gilo Cik Iman nie haha kan dah menyesal)

Cik Iman sebenarnya tak kisah sangat body Cik Iman nie kurus ke, gemuk ke. Tapi Cik Iman jadi tension bila tengok jarum penimbang berat asyik-asyik tukar dari 72kg ke 75kg pastu ke 73kg lak. Stay jer la weh. Adoi.

2. Banyakkan bersenam.

Body gemuk ke, kurus ke, Cik Iman tak berapa kisah sangat. Tapi nak gak kuruskan badan. Itu pun atas alasan kesihatan. Body Cik Iman sejak dua menjak tahun nie memang ada la part yang sakit. Bukan sakit macam kita dah lama tak bersenam tu. Tak. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit tangan. Macam sakit sendi la kot. Bila mengeliat ke hapa, mesti ada bunyi krukk krakk krukk krakk kat bahagian sendi yang bersambung. Adeh.

Tua beno Cik Iman nie ek.

Kena la bersenam sebab Cik Iman pun bukannyer aktif sangat tahun nie.

3. Buang fikiran negatif terhadap orang lain.

Cik Iman mengaku, Cik Iman jenis suka buruk sangka dengan orang. Bila Cik Iman tengok orang pakai compang camping, Cik Iman ingat dia gila. Bila Cik Iman tengok perempuan lawa sangat dengan make-up tebal, Cik Iman ingat dia nak mengorat lelaki mana entah. Bila Cik Iman tengok orang lelaki tak pakai islamik langsung, Cik Iman ingat dia jahil agama (bangang giler Cik Iman nie). Bila Cik Iman tengok orang laki pakai islamik giler, Cik Iman ingat dia la orang paling baik kat Malaysia (haha) dan macam-macam la tanggapan Cik Iman yang tak senonoh nie.

Macam tahun-tahun sudah, Cik Iman nak jadi neutral. Biar la dia pakai apa pun, perangai dia terhadap orang lain macam mana, Cik Iman tak mau pegi terus ke conclusion. Kita tak tahu orang nie macam mana kan. Allah nampak apa yang kita tak nampak.

4. Banyak bersabar.

Yang nie susah la sikit nak buat. Cik Iman memang jenis simpan perasaan selama nie tapi sekarang sebab perangai menyimpan perasaan kat dalam hati mampu menghasilkan bom atom yang bakal memusnahkan satu Malaysia, so Cik Iman decide to let it all out tahun nie. Malas la nak jaga hati orang lain. Pernah ke orang jaga hati Cik Iman? Ada pulak kan. Mungkin ada la kot. Tapi tak banyak. Yang banyaknyer yang jenis nak menyakitkan hati Cik Iman jer kejenyer.

Tapi yang amat berhormat Umi Cik Iman selalu cakap, kita kena buat baik dengan orang, macam arwah Abah selalu buat. Abah selalu pentingkan orang lain dari diri sendiri. Dia dahulukan keluarga dan rakan-rakan.

Entah la. Arwah dulu memang penyabar giler. Umi Cik Iman pun tak sesabar dia. Time paling menakutkan bila Abah marah. Ye la, out of the blue, tetiba lak marah. Susah dia nak marah. Sangat susah oooo.

So ... Cik Iman kena belajar bersabar la kan.

5. Duit - Simpan, jimat, jangan boros, bayar PTPTN.

Ya, duit. Saper yang tak nak duit? Kalau orang bercinta sakan, dia takkan fikir pasal duit dah. Kononnya cinta akan menguatkan semangat mereka dalam menghadapi rintangan yang akan datang. Whatever la kan. Kalau cinta tu boleh bayar PTPTN full, tak pe gak.

Tahun nie, disebabkan Cik Iman dah graduate, Cik Iman dah kena start bayar bulan nie. Tapi masalahnya Cik Iman tak kerja lagi. Macam-macam alasan juga yang Cik Iman bagi. Malas la, tak sesuai la, takut tak boleh buat la. Cik Iman bab-bab bagi alasan, Cik Iman selalu dapat markah A plus. Tanya cikgu peribadi Cik Iman a.k.a yang amat berhormat Umi Cik Iman. Dia kenal sangat anak dia yang sorang nie.

Cik Iman pun nak berhenti dah training kat company landscape nie sebab bayar tol hari-hari, mana nak cukup duit weh. So Cik Iman ingat nak cari kerja translator ke hapa. Paling koman pun cikgu tadika ke, kerja Human Resource ke kalau terpaksa la kan (padahal tak tau pun Human Resource tu keje apa wawawa). Yang amat berhormat Umi lak suggest jual popiah ke, karipap ke, nasi lemak ke, letak kat Petronas, senang. Macam la Cik Iman nie chef antarabangsa yang terkenal. Macam tak tau jer Umi Cik Iman.

Nanti la Cik Iman tengok iklan cari kerja tu. Nak la dekat-dekat. Tak mau dah gi jauh-jauh, pastu kena lalu traffic jam amik masa 30 minit, belum cakap balik lagi. Kalau hujan, nak lalu jam macam nak gi Seremban, padahal nak gi Bangi jer kot.

Cik Iman ada pegi bangunan PTPTN. Betul-betul sebelah Istana Negara adeh. Kat situ Cik Iman dapat tahu yang Ujrah akan ditawarkan semula tahun depan. Mana tak berbunga hati Cik Iman bila dapat tahu Ujrah ada balik. Cik Iman ada la kira-kira beza 3% dengan 1% tu, ada beza 6 ribu kot. Banyak giler! Pastu Cik Iman tengok la risalah cara-cara pembayaran. Cik Iman dapat tahu Cik Iman kena bayar within 15 tahun. Sah, Cik Iman tak nak kahwin selagi tak selesai hutang nie. Dah ler nak sambung Master Degree lagi. Tambah la hutang Cik Iman. Tak kahwin la anak sulung yang amat berhormat Umi nie hehe.

Setakat nie jer la kot senarai tahun baru Cik Iman. Kalau Cik Iman nak tambah lagi, nanti la Cik Iman edit. Tak susah pun kan.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...