Sunday, January 15, 2012

Baju Kurung Pertama Jahit Sendiri.

Aaaa? Betul ke tajuk yang Cik Iman taip untuk post kali nie, Cik Iman? Biler masa lak Cik Iman reti menjahit nie? Tetiba lak. Dah tu, baju kurung lak tu. Giler apa Cik Iman? Cik Iman sakit ek?

Buat apa laaa Cik Iman nak kelentong. Memang Cik Iman berjaya menjahit baju kurung Cik Iman yang pertama, walaupun tak kemas macam orang yang berpengalaman dalam bab-bab menjahit nie.

Citernyer gini. Mosute a.k.a mak sedara Cik Iman merangkak adik bonda Cik Iman nak pi kelas menjahit kat satu tempat kat Seri Kembangan dengan adik ipar dia. Tapi al-kisahnya, adik ipar tetiba lak ada meeting tergempar kat sekolah dia so tak dapat la dia pegi kelas tu. Mak sedara Cik Iman pun dah bayar duit pendahuluan dan duit tu tak leh dipulangkan so she did the next best thing. Dia tanya Cik Iman nak replace tempat Cik Su tak (Cik Su nie nama panggilan untuk adik ipar dia tu). Cik Iman amik masa la juga, tapi tak de la lama mana, dalam 10 minit tu jer haha. Cik Iman pun setuju je la. Bukannya Cik Iman buat apa-apa pun hari minggu.

So kitorang pun pegi la kedai beli kain. Mahal-mahal juga kain kat situ. Tapi sebab nie first time kitorang nak jahit, kitorang beli kain yang tak berapa licin macam kain cotton, kononnya la senang nak jahit kan. Cik Iman pun tak pernah ada baju kain cotton sebelum nie. Memang first time la.

Nie website tempat jahit tu, kalau ada orang berminat la, mana tahu kan.

14hb Januari 2012

Hari pertama, kitorang belajar cara nak jahit baju untuk baju kurung tu. Yang kain bawah tu buat esok.

Serious la weh, memula tu macam kelas Lukisan Kejuruteraan pun ada. Selepas ukur baju sample dan badan, kitorang kena buat pola lukisan baju. Kalau ikutkan, tak perlu pun pola tu kalau dah expert. Tapi memandangkan kitorang nie jarum pun susah nak tembus kat kain, apatah lagi nak ukur ukuran badan, kena la ada guide guna pola nie.

Masalah start biler nak cukupkan kain untuk semua bahagian. Kalau salah lipat, kain tak cukup. Cikgu tu professional giler. Kita bab-bab jimat kain nie la yang susah sikit. Nasib baik kain Cik Iman cukup untuk buat poket dengan kain dalam bahagian leher tu, alhamdullillah. Tapi Cik Iman tak kisah pun tak de poket tu, cuma dah terbiasa ada poket kat baju kurung so nak la juga.

Part yang paling susah biler nak cantum part-part kain yang kita dah gunting ikut pola tadi. Entah bahagian mana sambung kat mana. Macam nak selesaikan puzzle pun ada gayanya. Tapi cikgu tu ajar senang jer. Dia tunjuk cara nak buat, pastu kita buat lak. Lagi paham kalau kita buat sekali daripada kita tengok orang buat macam tengok tutorial kat Youtube.

Cik Iman lak selama nie tak belajar pun time kelas Kemahiran Hidup time sekolah dulu. Dulu suh bonda atau arwah ayahanda yang buat. Hua hua hua bengong tol Cik Iman nie. So disebabkan tu la, Cik Iman takut nak guna mesin jahit. Tapi lepas kelas nie, Cik Iman tetiba jadi excited lak nak guna mesin jahit. Senang giler walaupun benang tu selalu buat hal yang membuatkan Cik Iman rasa nak menjerit dan kalau boleh, nak ajer Cik Iman campak mesin tu luar tingkap.

Cik Iman yang tak tahu apa-apa langsung pasal jahit-menjahit nie dah paham apa itu pola, macam mana nak ukur ukuran badan, macam mana nak baca design baju, apa itu kekek, apa itu pesak dan macam-macam lagi. Pergh, serious, Cik Iman rasa jahil sangat. Apasal la Cik Iman tak belajar sungguh-sungguh dulu. Kalau tak mesti Cik Iman dah jahit baju kurung sendiri.

Dari pukul 10 pagi sampai la maghrib, kitorang jahit baju tu ajer, belum lagi kain dia. Tu pun time Cik Iman dengan mak sedara Cik Iman balik rumah, kitorang kena jahit bahagian tepi macam bahagian lengan, leher dengan bahagian bawah supaya nampak kemas. Seksa la gak sebab Cik Iman memang dah tahap mabuk nak tido time nie tapi kena la siap juga sebelum boleh gi tido.

Yang kelakarnya, kebetulan citer Mr.Labuci tengah main time Cik Iman tengah jahit baju tu, nak teman nenek Cik Iman. Bengong tol. Macam perli pun ada. Tapi citer tu best la jugak.

15hb Januari 2012

Hari kedua, kitorang buat kain lak. Part nak jahit pinggang dengan zip tu memang tricky giler. Biler cikgu buat, sekejap jer dah jadi. Yang kitorang lak, satu jam pun tak siap lagi haha.

Yang paling best part cikgu jahit bahagian getah untuk bahagian pinggang. Giler la weh. Senang jer rupanyer. Lama gak Cik Iman termenung tengok kain contoh and tried to figure out macam mana nak jahit bahagian getah tu. Simple weh. Macam magic pun ada. Tapi bukan magic pun. Just logic. Tapi Cik Iman still rasa macam tengok magic show.

Part paling bangang sekali biler time nak jahit hook. Kena la jahit tangan, takkan nak jahit mesin lak, gilo apo. Cik Iman tak dapat nak siapkan bahagian tu jer sebab tangan Cik Iman dah bengkak akibat menekan jarum tu, ye la, kain cotton. Tebal kot.

Walaupun tak siap bahagian hook, bahagian lain dah kira siap dah dan Cik Iman dapat la bergambar dengan baju tu dan sijil sah mengatakan bahawa Cik Iman dah pandai jahit baju kurung haha.

Gambar tu mungkin mak sedara Cik Iman akan upload kat Facebook. Macam biasa la kan.

Pengajaran: Eh, eh, ada pengajaran lak Cik Iman nie. Bukan apa, Cik Iman nak cakap yang selepas belajar jahit sendiri baju kurung, Cik Iman terasa lebih menghargai semua baju yang Cik Iman pakai. Ye la, ingat senang ke nak menjahit nie? Bukannya macam main video game. Korang tekan butang, karakter tu gerak. Tak, dalam menjahit, korang kena betul-betul teliti. Salah ukuran sikit, baju tu akan terlebih ketat atau terlebih longgar. Dan kita kena teliti time menjahit tu, nak elakkan jahitan yang tak kemas. Cik Iman rasa macam nak bukak jer jahitan yang Cik Iman buat sebab sangat-sangat tak kemas. Ye la, nama pun first time kan.

Apasal post nie panjang beno, Cik Iman?

1 comment:

  1. ice✿✿✿ Salam syidah, wah bestnya ikut kelas menjahit..b4 baca post ni, reen pun terfikir nk masuk kelas menjahit..sbb skrg mahal nk jahit baju sndiri kan??✿✿✿

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...