Monday, January 9, 2012

Cik Iman, kenapa kau bodoh sangat.

Sebenarnya lama dah Cik Iman pendam benda nie. Tapi rasanya Cik Iman dah tak leh nak simpan lagi.

Macam tahun-tahun sudah, Cik Iman sakitkan hati seorang lagi kawan Cik Iman. Apa maksud Cik Iman "Macam tahun-tahun sudah"? Maksud Cik Iman, Cik Iman pernah sakitkan hati kawan-kawan Cik Iman sampai kitorang tak bertegur sapa berbulan-bulan.

Yang terbaru nie dah lama kot. Dari tahun lepas lagi. Sampai sekarang kawan Cik Iman tak mau bercakap dengan Cik Iman. Tak nak bercakap tak pe lagi. Kitorang siap larikan diri bila kitorang nampak muka masing-masing.

Tak ke giler.

Bukan Cik Iman tak try mintak maaf. Kalau Cik Iman tak mintak maaf, tak denya Cik Iman give up macam nie, sampai tak nak tengok muka dia. Cik Iman betul-betul dah give up. Entah berapa banyak mesej Cik Iman bagi kat dia, tapi satu pun dia tak nak balas.

Memang kes parah la orang cakap.

Boleh kata dah 5 bulan dah kitorang tak bercakap sesama sendiri. Masalahnya, Cik Iman yang buat hal, Cik Iman yang sakit hati, Cik Iman yang simpan dendam, Cik Iman yang benci kat dia, semua la. Padahal Cik Iman yang patut rasa bersalah.

Nak aje Cik Iman lupakan dia, tapi mana mungkin kawan baik kita yang suatu ketika dulu selalu ketawa dengan kita, buat keja gila bersama, macam-macam la.

Memang sedih bile Cik Iman fikirkan macam mana Cik Iman boleh hancurkan hubungan Cik Iman dengan kawan-kawan Cik Iman sesenang gini.

Cik Iman masih sayangkan dia. Cik Iman sayang sesangat kat dia. Tapi dah dia tak mo tengok muka kita, nak buat guane.

Tapi Cik Iman setia menunggu sampai dia lembut hati. Suatu hari nanti. Insya-Allah. Cik Iman dah berusaha dah mintak maaf semua. Just tawakal jer la.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...