Sunday, January 1, 2012

Menjelang Tahun Baru.

31 December 2011.

Cik Iman terpaksa menjadi driver peribadi untuk adik perempuan tercinta Cik Iman. Ye la, dia sorang jer adik perempuan Cik Iman, yang lain lelaki. Sayang kot. Eceh.

Tempat pertama yang kitorang pergi ialah rumah seorang sepupu yang ambik upah jahit baju. Tempat kedua, kitorang ke Bangi. Tempat ketiga, kitorang gi MFC (Muzdalfa Fried Chicken) dekat-dekat Bangi tu jugak la. Tempat yang last sekali ialah Serdang, tempat terletaknya Kilang Beryl's.

Yang nak pi MFC tu adik Cik Iman la. Konon nak cuba. Nie dia takkan pegi kalau Cik Iman tak bagitau pasal restoren nie. Cik Iman tahu pasal restoren nie pun sebab kedai makan sorang lagi sepupu Cik Iman ada kat Bangi, so ternampak restoren merah nie kat tepi jalan.

Alang-alang dah ada kat Bangi, pi try test, best ke tak.

Kat sini macam KFC+Pizza Hut + Kedai masakan Arab all in one. Ada ayam goreng original dan spicy, burger, fries, air gas, pizza, nasi Mandi (nama untuk nasi Arab tu), daging kambing biri-biri dan sebagainya.

Tapi sebab kitorang pun baru first time, kitorang takat try ayam goreng dengan burger dulu. Pizza ke, nasi ke, kemudian. Cik Iman order nugget gak tapi kitorang dah abis makan semua ayam dengan burger dengan fries tu, tunggu lagi beberapa minit baru nak sampai.

Cik Iman perasan gak kalau orang yang order pizza, kena tunggu dulu sebab pizza tak dimasak segera macam ayam goreng.

So apa pendapat Cik Iman pasal MFC? Kalau korang nak murah, makanan yang tak banyak garam, kena tunggu kejap sebelum makanan masak ataupun sekadar nak bertukar angin, boleh la datang ke Bandar Baru Bangi.

Ceh, Cik Iman jadi promoter tak bertauliah lak tetiba.

Pasnie Cik Iman nak try Radix Fried Chicken (RFC), keluaran syarikat HPA. Nie adik Cik Iman la dok promote. Tapi sayang, tak jumpa kat Selangor lagi. Insya-Allah, kalau jumpa, Cik Iman terus serbu, tak toleh kiri kanan dah.

Pukul 8.30 malam.

Cik Iman kena paksa oleh Yang Amat Berhormat ibunda tercinta pegi Shah Alam dengan adik lelaki Cik Iman dan seorang kawannya. Memula tu masing-masing tak tau nak gi mana, nak gi Masjid Negara ke, Masjid Putra ke, Masjid Shah Alam ke.

Alih-alih, disebabkan Yang Amat Berhormat ibunda tak tau jalan ke Shah Alam, Cik Iman kena la jadi tour guide ke Masjid Shah Alam.

Sampai sana, kereta parking berderet kat luar masjid. Adoyai. Pegi lagi 2-3km pun ada kereta parking tepi jalan dengan polis meronda-ronda kot-kot ada kereta yang halang jalan.

Tapi alhamdullilah, kitorang dapat cari spot baik punya. Betul-betul dekat dengan pintu belakang Dataran Shah Alam. Disebabkan ibunda dan Cik Iman nak pi jauh-jauh, kitorang dok kat pintu tu jer la. Ramai sangat peminat Ustaz Azhar Idrus kat kawasan rumput tu.

Best giler la wa cakap lu. Nak-nak lak biler digandingkan dengan Zizan Raja Lawak.

Paling tak leh blah biler soalan yang ditanyakan kepada Ustaz berbunyi:

"Saya memandu kereta di sebuah lebuhraya dan tiada kenderaan ketika itu. Meter menunjukkan 180km/j. Tiba-tiba ustaz memintas saya. Berapakah meter Ustaz ketika itu?"

Bangang giler soalan hahaha

Tapi Ustaz memang sporting la, dia jawab gak dengan hujah-hujah agama. Kalau nak tengok the whole thing, ada kat Youtube, cari jer.

Memang sepanjang masa tu, Cik Iman tahan jer gelak sebab ibunda ada kat sebelah, kang kata tak sopan ke hapa lak kan.

Segmen Ustaz dengan Zizan abis dalam pukul 11.30 malam gitu. Ramai yang belah biler Zizan umumkan persembahan Shahir. Tengok gaya pun tau, orang datang sebab Ustaz Azhar jer hehe. Yang lagi tak leh belah biler Ustaz Akhil Hayy lak kuar untuk countdown. Lagi orang nak balik, adeh.

Sabo jer la.

Kitorang countdown dalam traffic jam jer.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...