Thursday, March 29, 2012

Dua Ratus Ringgit

Kalau la korang dapat RM200 secara percuma, apa yang korang nak beli? Buku? Alat tulis? Makanan? Pakaian? CD? MP3? Fuh, best giler kan kalau dapat RM200 nie.

Sayang, student jer leh dapat RM200 nie, tapi dalam bentuk voucher buku.

Cik Iman pun dapat gak voucher tu, tapi sebab buku yang Cik Iman nak cari tu susah nak jumpa, kawan Cik Iman suh pi beli alat melukis sebab tarikh akhir nak guna voucher nie adalah pada 30 Mac nie. Tak ke bengong. Macam mana la Cik Iman tak perasan tarikh akhir dia adeh.

So kitorang pun pegi la Czip Lee kat Kajang dan melantak macam orang giler. Ye la, RM200 kot, banyak benda boleh beli pakai duit banyak tu. Cik Iman teragak-agak jugak ler nak pakai duit banyak tu, ye la, mana penah merasa beli benda-benda mahal nie weh. Tapi kawan Cik Iman paksa gak Cik Iman beli yang mahal-mahal, biar habis RM200. Tak de la membazir voucher ye dak.

Kalau boleh, ambik yang semahal-mahal mungkin, kata kawan Cik Iman. Macam dia lak yang nak pakai voucher buku tu wawawawa

Alang-alang tu Cik Iman belikan pen warna-warni untuk kawan Cik Iman nie, tanda terima kasih sebab teman Cik Iman melantak kat kedai alat tulis wawawawa

Dengan RM200 tu, Cik Iman beli:
1. Sketchbook tebal 3 buah (hambek kau)
2. Kertas A4 satu rim.
3. Watercolour mahal jenama entah hapa-hapa (nak mahal jer hehe)
4. Tempat bancuh watercolour
5. Berus watercolour beberapa batang
6. Pen beberapa batang
7. Tali pengukur untuk kain (Cik Iman nak belajar menjahit balik hehe)
8. Watercolour murah (suka hati Cik Iman la)
9. Tempat letak kertas yang selalu budak architect pakai tu.

Semuanya Rm194.20. Yang baki tu kira halal la. Free kot hahaha.

Cik Iman bukannyer membazir pun. Memang Cik Iman nak pakai semua barang nie untuk kelas Cik Iman (kecuali tali pengukur tu la kan).

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...