Saturday, April 21, 2012

Dani Dana Dani Dana Dani Dana

Arakian sekaliannyer, yang amat berbahagia (o ceh kononnyer) Cik Iman Insyirah sekarang ada favourite food yang baru. Nak kata baru, tak jugak. Tapi sebab susah benar nak cari Sushi King kat area tempat tinggal Cik Iman, dan kalau pun ada Sushi King, selalu datang sorang jer so malas la kan, Cik Iman terjumpa satu kedai namanya Dani Dana Takoyaki kat The Mines.



Time jumpa kedai nie, memang tengah kempunan nak makan takoyaki pun. Disebabkan malas nak masuk Sushi King, Cik Iman pun nak try la gak takoyaki selain yang Sushi King punyer. Yang Dani Dana punyer besar giler. Satu bungkus dia letak 4 bijik dalam container plastik yang buat letak burger kat tepi jalan tu. Serious, besar giler. Harga satu bungkus RM4.80. Berbaloi giler daripada beli yang Sushi King punyer.

Bukan nak menghina, just nak compare jer. Cik Iman makan satu bungkus takoyaki besar nie pun dah kenyang. Sangat, sangat worth it.

Nak lagi best? Dani Dana ada jual selain sotong kurita. Dia ada udang, ketam dengan cheese sausage. KAAAAUUUU best giler bai. Masa memula Cik Iman datang kedai nie, Cik Iman tanya la bole ke kalau campur semua, nak satu ketam, satu sotong kurita, satu udang dan satu cheese sausage, dia kata boleh, so apa lagi, Cik Iman pun memang nak try test semua.

Semuanya sedap giler sampai menjilat jari hehehe Tapi Cik Iman jatuh tangkap cintan dengan yang cheese sausage, sesangat-sangat la sedap. Nak-nak lak biler dia letak bonito flakes dengan mayonis. Perrggghhh mengancam woooo.

Dani Dana nie tak jual banyak sangat makanan, setakat takoyaki, okonomiyaki, egg custard, udon dengan air. Tapi kedai dia kecik jer pun, dan Cik Iman tak perlu pening nak pilih menu. Cik Iman teringin nak try okonomiyaki dia, tapi takut la dah makan sikit pastu tak suka lak. Cik Iman ingat nak kuar tengok wayang dengan kawan Cik Iman sorang nie so Cik Iman nak tarik dia pi kedai nie nanti hehehe

Ada masa, datang la Dani Dana Takoyaki ~ (ceh macam la Cik Iman nie promoter haha)

Besar tak? Besar tak? Cakap la besar~ Besar tau! Sebesar-besarnyer ~

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...