Friday, July 27, 2012

Kawen Muda

Cik Iman baru jer baca pasal satu pasangan muda nie, kawen awal bulan nie. Pengantin lelakinya 16 tahun dan isterinyer baru 14 tahun.

Cik Iman tak heran pun budak-budak nie kawen muda. Ye la, zaman nenek moyang Cik Iman relek jer kawen muda, kenapa budak-budak nie tak boleh?

Pastu Cik Iman baca respon dari pembaca, ada yang approve, ye la, sunnah nabi, nak elak maksiat, bagus, dan macam-macam lagi la. Yang banyak responnyer yang tak approve la, of course. Hanya sebab budak-budak nie muda bebeno. Yang tak leh blah biler ramai kata okay jer kawen, tapi tunggu la habis SPM dulu.

Macam tak leh kawen sebelum SPM langsung. Kadang-kadang Cik Iman heran dengan mentaliti masyarakat kita nie. Buat benda tu, salah, buat benda nie pun, salah. Apa yang diorang nak sebenarnya. Kalau ikutkan hati la kan, kita tak kan puas dengan apa yang orang lain buat. Tak kira la kita ikut cakap dia ke tak, diorang mesti nak kondem semua benda yang kita buat.

Macam la diorang sempurna sangat, kaaaaannnnnnn ~

Pastu Cik Iman fikir, apa kata korang biar jer diorang kawen, biar diorang dapat pengalaman berkahwin nie, dan korang dok diam-diam dan lihat apa yang akan jadi. Sah, korang tak ingat dah budak-budak nie. Sah-sah, dah ada anak 2-3 orang. Tak yah nak kecoh la. Mak bapak diorang bagi jer kawen, korang tu siapa nak suruh diorang patut ke tak patut buat apa-apa?

Lawak giler.

So kenapa Cik Iman suh biar diorang kawen jer? Satu, sebab Cik Iman tak kisah pun saper kawen dengan saper, pada umur berapa dan sekian-sekian. Kedua, Cik Iman rasa diorang tak tau tanggungjawab diorang yang sebenar-benarnya, (alah, Cik Iman pun pernah gak berangan nak kawen muda masa sekolah dulu, tapi sayang tak de orang nak kat Cik Iman hehe) dan Cik Iman rasa diorang tak nampak lagi apa yang orang dah kawen lalui sepanjang perkahwinan diorang, segala duka cita, pahit manis tu, kalau setakat cakap jer, mana la diorang faham. Diorang kena buat, baru diorang tahu betapa beratnya kahwin nie.

Cik Iman pun naif jugak weh. Mana la Cik Iman fikir panjang time muda dolu-dolu. Umur muda setahun jagung macam nie Cik Iman fikir nak main jer. Nak kawen tu ada la juga tapi tak de la fikir mendalam sangat.

Orang muda nie, dia kena buat baru dia rasa pengalaman tu. Korang cerita la pengalaman kawen korang kat budak-budak, sah, seminggu cerita walau korang berdikir barat pun diorang takkan paham.

So biarkan jer diorang kawen. Baru diorang tau apa maksud sebenar perkahwinan nie.

2 comments:

  1. Salam cik iman, interesting post :) betul tu, biar je la dorg kawen...dh jodoh dorg... huhu...

    ReplyDelete
  2. salam cik iman(buat2 baru kenal ler :3)...
    pasal org kawen muda nie...bukan ape org kata tunggu lepas SPM ke ape ke, tp klo ikutkan sbb mreka btl2 msh muda utk berkawen...blm blh fikir dgn matang lg...dan spttnya, mreka hrus blajar dulu, balas jasa mak bapa dulu, kasian mak bapa tu.. ape yg mreka inginkan sebenarnya dari ank nya..kenapa dihantarkan ke sekolah... lgi pon klo jd jd suami isteri, mungkin ada mslh utk mjalankan tanggungnya sebagai suami mau pon isteri... dan duit perbelanjaan mungkin msh family yg tlg tangguh...
    tiada mslh bagi family yg berkemampuan..tp tidak bagi family yg x berkemampuan...

    ReplyDelete

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...