Tuesday, August 7, 2012

Encik Megi

Maaf la sebab Cik Iman akan bercakap pasal makanan time bulan Ramadhan nie hehe

Kalau ikutkan hati la, sepatutnya Cik Iman makan megi time belajar kat dalam hutan nun ajer. Rasanya Cik Iman pernah buat post pasal megi feveret Cik Iman time tu. Haaa nie dia, Cik Iman baru jer jumpa post tu hehe. Jangan tak tau, dulu Cik Iman leh balun 2 bungkus Mi Sedap, pastu boleh lagi makan benda lain. Cik Iman time tu kira dinosaur la kot, sumer benda boleh telan sekaligus. Tapi sekarang, Cik Iman dah tua (ceh), perut pun dah tak leh terima banyak makanan. Sekarang nie takat satu bungkus jer dah kenyang macam nak mati.

Tahun nie, kalau ada kesempatan, kadang-kadang tu Cik Iman dah boring makan megi basah (yang ada sup), Cik Iman jadikan murtabak. Nie pun Cik Iman pernah buat dulu. Nie dia post time mula-mula Cik Iman try buat murtabak megi selepas adik Cik Iman kempunan nak masak murtabak megi selepas dia try yang dekat sekolah dia dulu.


Masa mula-mula buat dulu, memang kitorang tak reti nak agak berapa banyak megi nak pakai, berapa banyak telur compare to kuantiti megi tu, main hentam jer masa tu. Dah la banyak, tak masak kat dalam lak tu. Alih-alih Cik Iman makan sorang sebab family Cik Iman tak berselera tengok natang tu hahaha. Makan jer, takkan nak membazir kot, ye dak.

Selepas beberapa tahun lepas tu, Cik Iman dah expert masak murtabak megi (oo ceh ayat tak leh blah) Nenek Cik Iman dengan mak sedara Cik Iman pun suka (kembang hidung jap, hehe bagi riak jap). Cik Iman lagi la suka sebab memang sedap. Bab nak balikkan kepingan megi tu pun Cik Iman dah pandai, jangan tak tau. Kalau Cik Iman jual nie time puasa, mesti larisnya la. (ceh kononnya la)

Itu kalau Cik Iman rajin la. Paling malas pun, masak sup macam biasa la. Dulu Cik Iman suka Mi Sedap yang goreng tu, bukan Cik Iman dah tak suka dah natang tu, tapi entah kenapa, Maggi Kari jugak bertakhta di hati Cik Iman akhirnya. 

Cik Iman kadang-kadang suka makan megi kosong macam tu jer, kadang-kadang kalau peti sejuk tu ada bahan-bahan yang macam sedap nak letak dalam megi, Cik Iman letak jer. Macam nugget, meatball, hot dog, tengok keadaan la. 

Baru-baru nie Cik Iman suka letak kepingan keju.



Alah, keju yang letak dalam sandwich tu. Sedap sesangat. Cik Iman dapat idea nie pun bila terbaca kat satu blog nie pasal blogger tu punya pengalaman first time try letak keju kat dalam megi. Dia kata selalu dia nampak dalam cerita Korea dia buat macam nie. Keju nie sedap kalau korang pakai megi perisa pedas. Memang serasi la, pedas dan rasa creamy keju tu. Kombinasi yang seimbang. Tapi tak de la Cik Iman larang pakai perisa lain yang tak pedas, takut muak jer.

Jangan cakap Cik Iman tak bagi warning lak.

Arakian sekaliannya, Cik Iman tak de la selalu makan megi nie. Kadang-kadang jer. Tapi yang kadang-kadang nie la yang Cik Iman suka buat special sikit.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...