Thursday, September 13, 2012

Airport

Minggu lepas, Cik Iman dan family hantar 3 orang sedara yang nak study oversea. Hari Selasa lepas, kitorang hantar sepupu Cik Iman. Hari Jumaat lak, adik Cik Iman pi Jordan. Dan hari Ahad hari tu, Mosute pi UK.

Cik Iman terpaksa tolak jemputan raya ke rumah kawan Cik Iman sebab nak hantar Mosute. Bukan tak sayang kawan weh, Cik Iman sayang semua orang, tapi Mosute nie mak cik feveret Cik Iman kot. Mak Cik feveret dalam famili bonda Cik Iman. Ye la, walaupun dia mak cik kitorang, tapi sebab age gap kitorang, dan sebab dia kawen lambat sikit, dia kira tahap kakak kita kot.

Ada la banyak kali orang tanya, bila masa lak Cik Iman ada kakak padahal Cik Iman anak sulung. Memang nampak sangat macam adik beradik.

Cik Iman dah cakap dengan dia, ada masa nanti kita Skype hehe

Dengan adik Cik Iman lak, of course la Facebook atau Skype. Tengok la dulu. Kot-kot tengah busy skang. Cik Iman pun kalau boleh nak biarkan dia biasakan diri dulu sebelum Cik Iman tanya khabar dia kat sana. Insya-Allah, dia boleh bawak diri. Macam abang dia jugak. Selamber badak jer dia bawak beg kecik balik raya 2 tahun nie. Okay la tu. Lagi sebulan dia nak sambung semester baru dah.

Cik Iman pun, Sabtu nie dah start kelas balik. Aiseh, belum start kelas dah rasa aura ke-malas-an tu hehe. Tapi sampai biler nak malas ye tak. Rasanya dah cukup rehat dah lepas raya Aidilfitri hari tu. Kena la jadi busy macam semester satu hari tu.

So minggu nie, boleh kata 3 hari kitorang pegi airport. Dah boleh hafal dah satu KLIA tu toilet kat mana, surau kat mana, KFC kat mana, McD kat mana, ATM kat mana, food court kat mana, area-area yang busy kat mana, area kosong kat mana, tempat perlepasan kat mana, macam-macam la.

Dan 3 hari tu jugak le kitorang berlari bagai nak rak sebab nak kejar orang yang nak naik flight tu, ye la, nak salam dulu, nak ucap tahniah dan semoga berjaya, menangis dulu sob sob, dan sebagainya.

Nasib baik KLIA tu penuh dengan air-cond, kalau tak, tak denya kitorang berlari macam kat dalam Olympic tu weh.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...