Monday, September 17, 2012

Ais Krim 50 sen

Cik Iman nak buat post pasal benda nie sebelum raya hari tu lagi, tapi tetiba lak ibunda tercinta suh turun dan masuk Livina sebab dah nak bertolak dah. Kang lambat sampai kampung kang, dah ler 2 hari terakhir Ramadhan time tu, of course la jem kan, so Cik Iman pun tutup laptop dan lupa pasal benda nie

Bila Cik Iman check external harddisk Cik Iman, terjumpa la gambar ais krim nie so time tu baru teringat.

Dulu, time zaman sekolah rendah Cik Iman, Cik Iman pi dua sekolah, satu yang biasa dan satu lagi yang sekolah agama. Yang bestnyer (bagi parents Cik Iman la) dua sekolah nie seberang jalan jer so tak yah diorang nak hantar. Disebabkan pagi Cik Iman pi sekolah biasa dan petangnya ke sekolah agama tu, boleh kata area tu memang tempat lepak bebudak yang sekolah dua-dua sekali nie.

Time tu, parents Cik Iman hantar pi sekolah jer, time balik kitorang upah mak cik van untuk hantar kitorang balik. Keluar jer sekolah agama tu, semua serbu ais krim - ais krim yang mak cik van tu jual.


Memang berebut la. Perisa yang paling popular among students time tu: Milo dan anggur. Kalau korang lambat sampai, memang melepas la nak dapat 2 perisa nie. Tapi perisa lain pun sedap gak, macam bandung, jagung, sirap, asam boi. Pergh. Nak-nak lak time tengah panas, memang layan laa. Kalau tak de milo atau anggur pun, asal ada ais krim nie, lengkap la hidup seorang student 2 sekolah.

Time tu, ais krim nie harganya 50 sen. Last time Cik Iman check, dah naik harga ke seringgit atau 2 ringgit. Ye la, tengok ekonomi la kan. Paling koman, orang panggil benda nie "Ais Krim 50 sen" atau "Ais Krim Batang".

Dah la pegi 2 sekolah satu hari, mana tak penat time tu. Cik Iman budak kecik kot, bukan macam sekarang. Beg lak penuh dengan buku untuk dua sekolah tu, lagi ler. So ais krim nie kira stress reliever untuk budak-budak time tu. 


Kitorang pernah try buat ais krim nie sendiri, sebab plastiknya senang nak cari kat kedai, tapi bila nak ikat tu tak pernah menjadi macam yang mak cik van tu buat. Yang dia buat memang penuh dan padat, tapi kitorang punya takat 3/4 gitu jer pun dah kira okay la tu hehehe Tu pun lembik adeh.

Tetiba lak teringin nak buat kat rumah. Apa-apa perisa pun boleh pilih. Kebetulan lak kitorang ada kordial strawberry - pink guava dengan anggur kat dapur. Hmmm mesti sedap kan?

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...