Wednesday, January 9, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdullilah, masuk juga tahun 2013 walaupun gempak diperkatakan bahawa dunia akan berakhir pada 21hb Disember 2012. Kononnya la kan. Tapi Cik Iman percaya, manusia tak de kuasa nak meramal hari akhirat. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kita tak mampu nak ketahui. 

Tahun nie, Cik Iman masih lagi busy dengan assignment, exam dan final project yang tak pernah siap dari tahun lepas. Nie sepatutnya orang dah start cuti semester, kita masih lagi buat keja. Hampes tol. Tapi tak pe la, proses belajar kan. 

So anyway, bagi melepaskan tension, Cik Iman luangkan masa ke Alamanda, tengok cite The Hobbit. Memula tu sekadar nak check sama ada cite The Rise of the Guardians ada lagi ke tak, tapi tak de rezeki kot Cik Iman, dah abis dah, So Cik Iman pilih nak tengok The Hobbit, nak tau gak citer dia macam mana. Cik Iman tau dia ada kaitan dengan The Lord of the Rings, tapi movie tu pun Cik Iman tak pernah tengok. Nanti la bila ada masa, Cik Iman nak tengok The Lord of the Rings pulak, mana tau. 

Sementara menunggu time movie start, Cik Iman pi la merayau-rayau kat dalam Alamanda tu. Tempat yang selalu Cik Iman pergi ialah MPH. Kedai buku gak Cik Iman pegi walaupun ada banyak lagi benda menarik kat dalam Alamanda tu kekeke. 

Mula-mula tu tengok section belajar bahasa, tengok la kot-kot ada buku belajar bahasa Korea, tapi tak banyak. Pas tu Cik Iman pegi la kat section lain, tiba-tiba satu buku nie menarik perhatian Cik Iman.


Jeng jeng jeng.

Belek punya belek, Cik Iman decide Cik Iman suka buku nie. Sebab senang nak faham dan Cik Iman pun pernah pergi kelas menjahit baju kurung tahun lepas, so faham la apa yang perlu dibuat, cuma Cik Iman lupa macam mana nak mengukur tu sume, menjahit pun dah lama lupa kekeke.

Mula-mula tu dia tunjuk cari nak jahit baju kurung untuk anak patung, untuk beginner yang tak pernah menjahit la kan. Pastu dia tunjuk la cara nak menjahit untuk saiz sebenar. Tetiba lak Cik Iman rasa nak menjahit balik. Dah lama tinggal, memang tak ingat la kan hehe.

Masuk panggung wayang, tengok The Hobbit sampai, Cik Iman jadi excited lak nak tengok sequel dia. Pas tu Cik Iman pike lak, mana nak cari buku-buku The Hobbit dengan The Lord of the Rings. Rugi lak tak ambik tau pasal buku-buku best macam nie kan.

Tahun nie gak kot Cik Iman decide nak tukar key chain kat handphone Cik Iman. Yang lama tu macam dah nak putus dah pun. So satu hari tu, bonda Cik Iman ada pinjam buku dari orang, pastu hilang entah ke mana, so Cik Iman bawak dia pi ke semua kedai buku kat Bangi, banyak la juga kedai buku kitorang gi, pastu jumpa lak kat PKNS. Nasib baik.

Alang-alang ada kat kedai buku PKNS, Cik Iman pi la usha benda-benda menarik kat situ. Kedai buku kat PKNS best sebab ada benda-benda comel macam key chain baru Cik Iman nie.


Boleh tulis lagi kat dalam walaupun kecik. Comel giler. Pastu Cik Iman dengan bonda beli la beg apa entah nak panggil apa, yang warna pink tu Cik Iman punyer, bonda pilih warna perang. Macam-macam leh letak. Tak de la serabut handbag Cik Iman dengan barang yang entah hapa (ye la, Cik Iman suka letak benda-benda mengarut walaupun tak perlu pun kekeke, tapi nampak kemas la pas beli beg nie) 


Tahun nie gak sakit gigi Cik Iman semakin menjadi-jadi adeh. Tak sah kalau tak sakit gigi setahun sekali.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...