Eh tak, bukan ibunda Cik Iman yang mengandung. Lepas arwah Abah meninggal, ibunda tak penah kawen so mana boleh dia mengandung kan kan kan?
Cik Iman sibuk tengok random videos kat Youtube, dari cerita P. Ramlee sampai la ke iklan hari raya, especially arahan Yasmin Ahmad (because those are the best ones), and then the movies she made also are awesome and everything, I mean, semua benda Cik Iman nak tengok. Layan Yasmin Ahmad lama-lama, terjumpa lak rumour yang mengatakan dia nie dilahirkan lelaki pastu jadi perempuan, ataupun dia nie khunsa ke hapa. Siap pernah keluarkan lagu dan album tahun 70-an dulu. Tak kisah la kan sebab Cik Iman atau sesapa pun takkan tahu kecuali family dia je.
Pastu Cik Iman terjumpa la cerite Bila Mak Mengandung Lagi. Serious kelakar dan comel. Menceritakan tentang seorang suami yang baru pencen pastu tetiba lak dapat berita isteri dia mengandung. Padahal dah ada anak 2 orang yang dah besar dan sorang dah kawen dan dah ada cucu lagi. Bila bagitau anak-anak, diorang tuduh mak bapak diorang gatal la, tak bertanggungjawab la. Giler. Macam la parents diorang tak leh buat benda-benda macam tu walaupun dah tua. Kalau diorang tak buat, mana nak dapat 2 orang anak yang besar macam diorang, kan? Yang sulung lak nak sangat parents dia jaga anak dia. Rasa macam nak terajang je anak sulung dia tu. Nak gunakan parents dia untuk jaga anak je. Entah hapa-hapa.
So sepanjang tempoh mengandung tu, si suami nie rasa malu sebab isteri dia mengandung (ye la, dah tua, paham-paham je la) tapi in the end, selepas bergaduh dengan isteri, dia rasa seronok pulak jaga isteri dia yang mengandung. Sampai ke bulan ke-9, suaminya on the way nak pegi memancing, tetiba lak bini dia kat rumah nak beranak. Ada la anak bongsu dia tak berapa reti drive keta (padahal keta auto kot hahaha) Punya la lama nak sampai hospital, siap langgar orang on the way tu. Nasib la bini dia tahan sampai suami dia sampai hospital. Keta suami dah rosak tengah jalan, so kena tunggu cool down dulu.
Cerita nie diakhiri dengan time skip setahun di mana anak perempuan diorang yang ke-dua pegang adik baru dia dan ada sorang uncle jual roti/ice cream/tak pasti tanya "Anak ka?" pastu dia jawab "Bukan la, nie adik aku la. Tu mak dia" sambil tunjuk kat mak dia.
Serious comel. Cik Iman gelak terbahak-bahak tengok citer. Hehe.
p.s: Layan feeling Orked dengan Jason pas tengok continuity diorang dalam semua filem Yasmin Ahmad. Comel la couple nie. Especially ending Gubra. Pergh. Sweet giler >3<
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?