Monday, April 1, 2013

Uncle Kedai Runcit UPM

Cik Iman kalau pegi fotostat, Cik Iman suka pegi yang paling dekat dengan fakulti. Dan selepas urusan fotostat atau print, Cik Iman takkan lupa singgah kedai runcit bersebelahan kedai fotostat tu. Ada dua orang uncle jaga kedai tu, kadang-kadang ada gak family diorang jaga kedai, tapi kebanyakan masa, dua orang nie ja yang ada. Satu yang check stock dan sapa pelanggan, dan sorang lagi jadi cashier. Umur diorang berdua sekitar 60 - 70an macam tu. Cuma yang cashier tu nampak lagi tua dari yang lagi sorang.

Setiap kali Cik Iman datang kedai diorang, yang muda akan sapa Cik Iman, sebab Cik Iman memang pelanggan tetap diorang sejak sambung belajar kat UPM nie.

Dan yang cashier lak ada satu habit yang Cik Iman rasa comel sangat. Kalau macam Cik Iman bayar untuk barang pastu ada baki dalam 5 sen, kalau kedai tu tak de 5 sen, dia akan gantikan dengan gula-gula sebijik. Cik Iman biasanya tak kisah pun 5 sen tu, tapi bila tengok dia bagi gula-gula, rasa macam comel sangat uncle tu, macam seorang atuk bagi gula-gula kat cucu gitu.

Rasa serba salah lak kalau tak amik gula-gula tu so Cik Iman amik la.

No comments:

Post a Comment

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...