Sebelum nie Cik Iman pernah bercakap pasal jenis-jenis tudung yang pernah Cik Iman pakai sebelum nie di dalam post nie.
Sekarang nie Cik Iman ada tudung favourite terbaru yang Cik Iman selalu pakai. Ibunda Cik Iman la yang beli, pas tu orang selalu pakainya, of course, Cik Iman la kan hehe
Ini dia tudungnya. Jumpa lak gambar Kak Wardina kita jadi model tudung nie. Comel je kan. Apa yang specialnya tudung bulat nie? Apa bezanya dengan tudung-tudung lain?
Jawapannya, kekek dagu yang macam telekung nak pegi sembahyang tu. Memang dah lama Cik Iman tercari-cari fashion tudung macam nie dari dulu sebab Cik Iman tak berapa suka bahagian dagu Cik Iman, so kalau ada design yang boleh menutup dagu Cik Iman, kan bagus. Lagipun boleh dibawa sembahyang. Cik Iman pun selalu pakai jubah, so memang senang. Nak-nak pulak tudungnya labuh, sesuai dengan ketinggian Cik Iman.
Yang ibunda beli tu jenamanya "Nur Kasih", kawan dia yang perkenalkan tudung nie. Terus jatuh cinta dia. Dia pun lagi suka Cik Iman pakai tudung nie instead of tudung dia (sebab Cik Iman selalu curi tudung dia, tu la pasal haha) Nak bestnya lagi, kainnya diperbuat daripada denim, senang dipakai, gosok boleh, tak gosok pun boleh. Memang sesuai dengan Cik Iman yang memang tak suka menggosok baju dan lilit atau pin tudung macam bagai. Terus sarung, dah siap dah. Tak yah tunggu lama.
Bestnya lagi tudung yang ada kekek dagu nie, ramai yang tengok Cik Iman pakai tudung cakap Cik Iman nampak kurus lak. Tinggi hidung jap haha. Padahal ilusi tudung ja tu.
p.s: Memang Cik Iman tangkap cintan dengan tudung nie hehe
salam cik iman.. kat mana ya boleh beli tudung berdagu saiz m mcm kat atas ni? hope boleh share. thanx -zai
ReplyDeleteSama la..., sayapun suka tdung yg boleh terus dibuat solat
ReplyDelete