Wednesday, May 8, 2013

Ayam Goreng oh Ayam Goreng

Ah sudah. Cik Iman nak bercakap pasal ayam goreng? Sedapnya~ Betul betul betul (bak kata Upin dan Ipin). Harap-harap perut korang tak de keluar lagu time baca entry ye hehe. Cik Iman tak kan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi kat perut korang. 

Warning: Banyak gambar ayam goreng ekeke. Sengaja nak dera korang.


Suatu masa dulu, time dok study kat dalam hutan dulu (don't take this literally haha) masa Cik Iman baru belajar bawak kereta sebelum pegi praktikal mengajar, Cik Iman selalu bagi excuse pegi bandar nak makan KFC, kononnya latihan memandu yang baik untuk Cik Iman wakaka. Ada-ada je la Cik Iman sorang nie. Nasib baik la berkat 'latihan' tu, Cik Iman pandai buat onar kat tengah jalan sekarang. Boleh kata dalam seminggu tu, kalau makanan kat kantin macam tak berapa nak sedap, Cik Iman lari pegi KFC, kadang-kadang Cik Iman sanggup pegi Sungai Buloh semata-mata nak pegi McD. Sanggup le. Ada kereta, takkan tanak guna kot haha.


Muda-muda remaja dulu, masa badan sihat lagi, Cik Iman mampu melahap at least 3 ketul ayam goreng. Kadang-kadang lebih pun boleh. Nak-nak yang ada kulit. Pergh, tu memang best la. Tapi of course, bonda Cik Iman mana pernah bagi makan kulit ayam goreng. Kalau dia nampak Cik Iman makan, memang kena sedas ceramah dia, nak cakap betapa tak sihatnya kulit ayam. Padahal banyak lagi benda yang leh menggemukkan badan.



Sekarang, boleh la telan lagi 2-3 ketul tapi agak memilih gak. Dulu selamber je makan yang berminyak, kalau tapis tu, mungkin dah masuk satu baldi kot kuantitinya. Sekarang, adoi, geli semacam.

Macam mana manusia leh hidup makan KFC tu. Cik Iman tengok ayam goreng yang jual kat restoren Melayu yang jual nasi campur dan lauk pauk tu lagi menyelerakan dari ayam KFC. Masa muda dulu boleh la KFC tu. Sekarang, adoi la.


Secara visualnya, memang ayam salut tepung ala KFC tu nampak menyelerakan. Memang menarik di mata kita dibandingkan dengan ayam goreng biasa yang tak letak tepung nak bagi crispy macam ayam KFC. Tapi kuantiti minyaknya lebih banyak berbanding yang kita biasa makan kat kedai tepi jalan sebab minyak-minyak tu tak leh ditapis. Bila kita start makan baru minyak tu kuar dari tepung yang sedap lagi crispy tu. Masa tu la makin kita makan, maki muak jadinya. Kadang-kadang tu, sebab rasa penuh sangat perut, rasa macam nak muntah je.


Tapi tipu la kalau Cik Iman cakap Cik Iman berenti makan KFC. Makan je. Tapi order burger dengan cheezy wedges. Yang order ayam tu time nak try Korean Crunch je. Pedas, tapi sedap gak tu.


Setakat ini post tentang ayam goreng. Sekian terima kasih~

3 comments:

Meow meow meow?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...