Selama 24 tahun Cik Iman berpuasa di bulan Ramadhan, memang Cik Iman mengaku selalu nak diet dan nak kuruskan badan, nak-nak pulak dah ada suami, body kena la kurus, dok stay 75 kilo setiap tahun. Tak tau la macam mana body nie leh stay angka 75 setiap tahun. Tapi kadang-kadang tu dia turun ke 70, tapi naik balik 75. Setakat nie, alhamdullillah, tak pernah lebih dari angka 75 tu. Dok naik turun naik turun.
Tapi diet Cik Iman selalu terbengkalai dek godaan "Semua makanan nak cuba rasa, ye la, sekali sekala tak pe kan". Kononnya laa. Nampak murtabak, beli. Nampak takoyaki, beli. Nampak kek keju, beli. Nampak ayam goreng, beli. Cik abang lak dua kali lima. Konon nak diet sekali, tapi dia yang terlebih beli makanan. Adoyai. Betul-betul jodoh la kita berdua ekeke (bab makanan memang la)
Satu benda yang Cik Iman selalu perasan yang terjadi time puasa, selepas azan maghrib, kita teguk air, biasanya lapar tu hilang secara semula jadi. Yang menyebabkan kita rasa nak makan tu sebab makanan dah terhidang kat depan kita, takkan tak de perasaan langsung nak rasa. Tipu sangat kalau orang cakap "Makanan kat meja tapi tak rasa nak makan". Tipu sesangat. Korang tak rasa ke ayam goreng tu memanggil korang dengan manjanya "Cik Iman, meh la makan saya~ Kulit saya rangup sesangat nie, sedap tau~ daging nie empuk lagi lemak~ huh mesti kenyang la perut Cik Iman tu, caya la~" Oi ceh leh lak ayam goreng tu bercakap lak kan. Pas makan seketul, ada lagi dialog dari perut boroi nie "Cik Iman, tambah la lagi seketul, tak cukup tu, meh la tambah lagi~" So terpaksa la tambah sampai dialog-dialog nie hilang (alasan ajer la Cik Iman nie)
Bukan apa, perut Cik Iman tak pernah rasa kenyang. Pas kenyang pun, dalam 2 - 3 minit kemudian mesti rasa macam nak mengunyah lagi. Bukan nak makan, tapi nak mengunyah. So junk food la yang berada di minda Cik Iman, macam Mamee Monster. Auummm sedapnya. Orang patutnya kunyah chewing gum ke, makan buah ke, lagi bagus. Umur dah 24 tahun still makan lagi Mamee Monster tu. Adoi la.
So tahun nie, walaupun ada la yang terbabas, sepanjang bulan Ramadan tahun nie, Cik Iman cuba la diet cara adik dengan mak sedara Cik Iman, tak makan carbohidrat, tak makan benda manis. Nak elak dari tak makan carbohidrat nie agak susah la juga, senang Cik Iman suka makan roti tapi kalau betul-betul mindset tak nak makan roti, boleh je elak. Tapi bab makanan atau minuman manis, alamak, neraka weh.
Tak sangka lak makan ayam je leh kenyang dan boleh kurus. Tapi bukan sekali harung terus 3 - 4 ketul. Makan sikit, tapi berterusan. Time Ramadan nie jangan la makan waktu siang, ades. Dan minum air kosong tu memang penting. Jimat duit dari beli air manis, air berperisa yang sedap-sedap tu, sampai leh teguk 10 jag (auta je) Baik teguk 10 botol air kosong.
Satu je benda yang Cik Iman perasan setiap kali time buka puasa, selepas azan maghrib, teguk air pastu terus sembahyang maghrib, rasa lapar tu akan hilang sendiri. But of course, rasa lapar balik tengah malam time nak tido hahaha.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?