Ye la, kalau seluar, terutamanya yang jenis sukan punya, sah-sah senang koyak sebab orang pakai dok buat benda lasak. Cepat aje koyak. Kalau tak besar koyakannya, kecik pun kita dah rasa malu. Nak-nak kalau kita lupa nak pakai seluar dalam hari tu.
Gambar atas hanyalah sekadar hiasan, sekian terima kasih~
So entah apa yang bermain di fikiran Cik Iman, tiba-tiba teringin nak jahit semua seluar koyak yang bertimbun dalam bilik satu nie. Selama nie, kalau seluar koyak je, terus beli baru. Biasanya rutinnya macam tu la masa muda-muda dulu. Masa arwah Abah ada dulu pun, dia lagi suka beli baru daripada jahit balik koyakan tu.
Rasa puas pulak bila dah jahit seluar-seluar yang koyak nie. Semacam berbaloi habiskan masa jahit balik. Daripada beli yang baru, bukan ke lagi senang jahit sendiri je. Bukan susah pun, kalau ikutkan. Dah jimat berapa ringgit kat situ.
Menyesalnya masa muda-muda dulu malas nak menjahit.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?