Kredit gambar dari sahabat baik Cik Iman, Cik Nizt <3 i="">
3>
3>
Semalam selamat sudah Cik Iman dinikahkan oleh wali Cik Iman a.k.a adik bongsu Cik Iman sendiri yang menyatakan ayat-ayat nikah dengan cara selambernya kepada bakal suami Cik Iman (pilihan bonda sendiri) a.k.a suami yang sah sekarang.
Ooohhh Cik Iman dah jadi isteri orang la pulak ahaks. Aik, tak de ribut, tak de petir, tetiba lak Cik Iman menikah. Apakehal Cik Iman. Kenapa tiba-tiba lak Cik Iman pakai baju pengantin ke masjid nie, kenapa Cik Iman sorang je pakai baju pengantin ke masjid time ada forum nie. Malunya la masa tu.
Seminggu sebelum tarikh nikah baru Cik Iman bagitau semua sedara mara, kawan-kawan semua except for certain close people I trust. Terkejut beruk gak sume orang, senyap-senyap keluar surprise sebelum bulan Ramadhan. Bukan tanak bagitau awal-awal tapi Cik Iman busy dengan assignment kat UPM tu. Nak kena kejar deadline sume. Akhir bulan Jun tu baru free.
Hari nikah, sedara mara sume dah sampai kat rumah, bonda Cik Iman suruh pegi spa lak time tu. So pegi la spa untuk pertama kalinya. Dari sauna, body scrub, body mask, milk bath, urut badan dan facial treatment. Pergh. Boring gak nak menunggu 3 jam baru siap. Dah la nak nikahnya (dalam perancangan asalnya) pukul 9 malam. Bahagian pekerja tu urut badan tu paling best. Sedap sesangatnya. Time facial treatment siap tido lagi ahaks.
Dalam pukul 7 baru balik sebab traffic jam dari Kajang-Bangi, bonda nak amik bakal mertua pastu bagi bekas plastik kat Kak Zu. Kelam kabut jadinya time nie sebab bonda dah hilang, tak dapat dihubungi sampai la pukul 9 lebih. Kitorang fikir baik pegi dulu, bawak barang-barang sume. Jumpa la Cik Nizt dan adiknya kat tempat sembahyang atas perempuan sementara tunggu habis forum yang sedang berlangsung dan azan Isyak.
Dalam pukul 10.10 malam baru betul start acara akad nikah. Adoi la. Dah la tok imam khutbah panjang berjela, dengan letihnya, ngantuknya (ye la, nikah hari Khamis malam Jumaat, sume baru balik kerja, patutnya pi la tido kan, tetiba lak Cik Iman nak nikah) Nak-nak lak time tu Cik Iman duduk bersimpuh (sebab mak sedara sorang tu suruh), khutbah lak panjang berjela, so kaki kanan dah kejang macam nak mati. Bonda yang dok sebelah Cik Iman masa tu suruh tahan je. Cik Iman pun tahan je la sampai part dia bagi dokumen nak tandatangan pada perakhiran majlis pernikahan tu, kononnya nak dekat dengan meja kecik yang disediakan, tapi sebenarnya nak betulkan kaki haha
Majlisnya simple sesangat. Akad nikah, pastu terus makan. Sape yang nak ambik gambar dengan pengantin, ambik je la. Cik Iman dengan suami jadi mangsa malam tu. Sume pakat nak ambik gambar (nak ambik berkat? Tipu la, ramai yang dah kawen pun, nak amik berkat menda) Cik Iman memang tak sempat nak makan malam tu. Sampai ke paginya lapar. Adoyai.
p.s: Tajuknya "Singa kawen singa" tu merujuk pada Cik Iman dan suami. Dua-duanya zodiac Leo.
No comments:
Post a Comment
Meow meow meow?